Resipi Crabstick Omellete

Resipi Crabstick Omellete || Salam Hujung Minggu! Dah makan ke tu? Nah, haritu nampak menu ni keluar kat wall Facebook, ada mak mak buat sebagai menu breakfast anak-anak masa PDPR ni. Aku pun teruja nak try. Katanya sesuai untuk turunkan berat badan. Bila dah tengok bahan-bahan dan cara-caranya, macam senang je. So apa lagi, jomlah cuba! Hihi~


Nyumm! 


Bahan-bahan:

1. Empat biji Telur
2. 4 btg Crabstick(potong 2)
3. Bawang Holland (mayang)
4. Daun daun sup (mayang)
5. Capsicum merah+hijau (potong dadu) tapi saya guna merah jer.

6. Cendawan shitakae(hiris nipis)
7. 1 sudu besar serbuk Cukup rasa atau gantikan dengan Ajinomoto
8.  1 sudu besar serbuk lada hitam
9. Bekas tart shell (sapu permukaan dalam dengan minyak)
Untuk ni..aku guna dua benda. Ada tray comel mickey mouse dan bekas aluminium yang selalu orang guna untuk  tart shell. 

Cara-cara:

1. Pecahkan telur.
2. Masukkan bawang holland, daun sup, ajinomoto  & serbuk lada hitam. Pukul sebati.
3. Tuangkan campuran tadi ke dalam bekas aluminium (2/3 bhgn bekas sahaja)
4. Tambah crabstick+cendawan shitakae+capsicum ke dalam acuan yang dah ada telur tadi
4. Masukkan ke dalam Air Fryer dan Bakar 180/10min.

Isi yang penuh dan menyihatkan. 
Lepastu aku nampak petai ada kat rumah, saja campur sekali. HAHA...


My Crabstick Omellete

Sedap oi. Tapi kalau makan dalam tray size comel gini, tak cukup lah seketul untuk i. Lebih-lebih lagi  jika makan tanpa nasik. Makan begitu aje. Aku nak buat lagi lah nanti...tapi guna bekas yang lebih panjang terus dan masih muat air fryer. 



Awak semua pun dijemput mencuba resepi ringkas ni yer.










Notahati: Yay! Dah beli buku resipi menu menu menggunakan air fryer.




8 comments:

  1. Baiklah, nanti nak cuba. harap masa tu timbullah mood rajin. Tapi bahan bahan kena beli dululah kan cerita dia. Tempting tengok hasil kejadiannya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa.. kena beliii.. Tapi kalau takda, tukar jela dengan ayam pun ok.. apa yg ada kat rumah.. and serbuk lada hitam tu mesti da.. bagi saya ler.. hehe

      Delete
  2. Ooooo nengok gambar-gambarnya bikin ngiler. Palagi masa PPKM ni. Tak bisa keluar sembarang waktu.

    Sehat trus Kak.

    ReplyDelete
  3. sedapnya! blh try buat jgk ni..

    ReplyDelete
  4. Senang bahan diperlukan. Nanti hendak korek dalam peti sejuk beku cari jejari ketam.

    ReplyDelete
  5. Nak cuba la juga nanti.. Kena cari crabstick dlu.

    ReplyDelete
  6. Aghhhhh sukaaaa sangat menu nih :D. Awal mula coba di Bangkok, langsung favorit. Apalagi kalo daging crabnya banyak. Bikin sendiri bisa lah sesuka kita nak kasih berapa banyak crab nya :D. Thank you recipe nya kak ;).

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐