Al-Fatihah. Inilah Takdir Yang Tertulis

Al-Fatihah. Inilah Takdir Yang Tertulis || Assalamualaikum. Moga semua dalam keadaan baik baik. Ada yang dah tahu, ada yang tak tahu lagi. Semalam Pak Cik saya, namanya Pak Cik Marzuki bin Abd Wahab telah meninggal dunia time Subuh kerana beberapa penyakit akibat daripada accident haritu..Ada kuman dan nanah dalam badan, serta lain lain lagi. (Bukan Covid 19 ya) 

Allahuakbar Sedih sangat, sangat.... sangat.. Ini antara keluarga yang rapat dengan keluarga Nona. Rumah kitaorang berdekatan cuma lain taman..Tengok sepupu sedih, kita cuba nak kuatkan dorang...tapi kita sendiri pun sedih sangat..Hmmm.

Last year, Tok Ngah Nona meninggal pada 02/02/20, tahun ni pak ngah pulak menyusul pada 06/02/21. Sedih sangat, gigil tangan dan kaki mendengar perkhabaran yang memilukan hati..Sobbbbs..

Mohon semua pembaca sedekah Al Fatihah (Dibaca) buat Pak Ngah Nona, Pak Cik Marzuki dan Tok Ngah. Semoga tenang di sana, diampunkan segala dosa walaupun sekecil kecil dosa, dipermudahkan urusan soal jawab di akhirat sana, dan semoga seluruh keluarga tabah terima kenyataan ini.

Masih terngiang ngiang suaranya, ternampak nampak kelibatnya, teringat ingat nasihat yang diberikan.. Hmmm.. Nangis lagik.. Sedih sangat .. Arwah baik orangnya..

Al-Fatihah..Allahuakbar!! Kuatkan kami yang ingin meneruskan perjalan kehidupan ini terutamanya isteri serta anak anaknya dan nenek aku.




Notahati: Allah....Allah....Kita semua pun akan kembali kepada Allah...Kita milik Allah..


15 comments:

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐