Mudahnya Dengan Serbuk Puding Ros Bandung Brand Nona!

Mudahnya Dengan Serbuk Puding Ros Bandung Brand Nona!|| Alhamdulillah. Masih bernyawa. Harini nak share tentang serbuk puding yang sangat senang dimasak dan best dimakan bersama seisi keluarga di waktu lapang. Hihi..Senang cakap, ianya salah satu dessert mudah dan pantas disediakan! Anytime and anywhere selagi ada tempat dan bahan yang cukup..Gituh!

Semalam kan 14 Februari, penuh timeline tentang Valentine's Day. Maka aku dengan bahagianya pun sediakan dessert berwarna pink..Tanda cintaa gituh..Haha..Memang simbolik cinta mesti kaler merah atau pink je ek? Lol..

Ok, caranya paling senang, lebih mudah berbanding masak maggi.. Sapa pernah guna serbuk puding brand Nona nih? Nice lah jugak woo!


Cara cara menggunakannya ada disertakan pada kotak puding ni..

1. Letak air 400mL ke dalam periuk
2. Didihkan ia.
3. Tuang serbuk puding sewaktu air sedang mendidih dan gaul sekejap jer agar tak berketul 
4. Tutup api dan gaul sebati sehingga tiada buih kelihatan.

Untuk point tiga, sebab air dah memang tengah mendidih, so aku gaul sikit tiga empat kali sahaja pastu tutup api

Nyum! Puding Ros Bandung Cinta Sayang 
Khas Untuk kesayangan saya....

Acah acah letak biskut (Rindu food review lah pulak) 

Mak aku suka, sebab memang sedap. 
Tak terlalu manis dan sesuai dihidangkan sewaktu berkumpul bersama family...Menyelerakan gituh..
Lagi lagi kalau cuaca panas, alahai..selera tau..Sedap je rasa kat tekak...

Suka tengok kejadiannyaa..Elokkk kau!

Tak perlu tambah santan atau sebagainya..Ni kira paling pantas dan simple..Bahahaa..Nona memang..Malas aje..Errr....Benda dah dimudahkan, mengapa perlu saya complicated kan lagi...Huhu..

Ada yang pernah guna serbuk puding keluaran Nona ni? 
Dessert mudah dan pantas tau!







Notahati: Next nak buat puding durian pulak.Hehe..


14 comments:

  1. Yeah memang mudahkan pakai serbuk puding dari nona ni . CCL pernah cuba jugak .

    ReplyDelete
  2. Yang bandung tu tak boleh masuk tekak Sis, tapi yang mango dan coklat anak-anak suka.. lama juga tak buatnya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woowwww. ada ek manggo dan coklat.. haritu junpa doyan ajoo. hihi

      Delete
  3. Puding Nona ni memang sedap2.. jenama Nona tau, buka Nonasani, hahaha

    ReplyDelete
  4. Cepat betul siap pudingnya. memang mudahlah nona. lagi lagi guna jenama nona :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeeee. nak masak tu.. lagi cepat dari buat maggi.. bahahaha.. Senang cakap, Hidangan petang yang menyelerakan.. eh makan anytime pun sedap ajer

      Delete
  5. aaah saya pon pkai nona punya brand. uishh terliurrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooohhh.. memang guna eh.. saya first time try.... tak sangka sedappp.. nak try lagi nanti.. hihi

      Delete
  6. omg!! time time panas ni makan , sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  7. cantik berkilat kejadiannya mmg senang dan sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye... must try .. simpan satu kat rumahh.. kikikiii

      Delete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐