Beli Nasi Lemak Telur dan Sambal Petai beralaskan Daun Pisang di Pasar Malam

Beli Nasi Lemak Telur dan Sambal Petai Pasar Malam beralaskan Daun Pisang || Alhamdulillah..Masih bernyawa. Harini memang nak cerita pasal makanan aje ek? Yeah, mood rajin weh..Malam nanti aku cerita benda lain.. harini aku dah start cuti tau..Disebabkan PKP, jadual kerja aku selang selang..Camni: Sehari cuti..sehari kerja... Agituh.... So harini memang turn aku cuti...Sampai Ahad.. Bestnyaa...Tapi tak dapat kemana mana. Pulak tu adik aku bagi guna akaun Netflix dia kalau bayar dua hengget...Apa lagi, ceria sikit kita.

Ni pun kisah minggu lepas, sebaik saja pengumuman Pasar Malam boleh dibuka, aku terjah Pasar Malam yang berdekatan masa tu...Hihi..Saja tengok keadaan dan alang-alang mengidam nak makan nasi lemak beralaskan daun pisang..


Terliur aku tengok petai itu! Siapa makan petai, kita geng!


Tak nak ayam, so telur dan sambal petai menjadi pilihan. Tak sangka ada rupanya..Dah lama tak singgah pasar malam sini, kawasan flat...Kalau dulu, memang ramai woi....dengan banglanya lagi...tapi sekarang tak banyak payung dibuka dan orang pun tak berapa ramai, lengang....atau masa aku sampai ni, dah nak Maghrib kot.. (Lambat balik kerja) 

Ada yang suka makan nasi lemak beralaskan daun pisang tak? Sambal petai memang sedap, bagi aku..Nasinya ni lembut, cukup masak..Rasa yang biasa ler, takda la super wow sangat..Janji lepas kempunan..Huhu..Next time boleh singgah lagi... 

Lokasi : Taman Mawar, Pasir Gudang 

 


13 comments:

  1. Aroma daun pisang tu memang best. Wah sambal petai. Geng kita.

    ReplyDelete
  2. Wak tak makan petai tapi sambalnya makan

    ReplyDelete
  3. Sedap tu nasi lemak alas daun pisang. Siapa je yang tak suka nona uii..aroma daun pisang tu yang buat sedap tu. ada pulak tu sambal petai. kemain naik selera dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye... Sangat menyelerakannnn... kalau masak sendiri, confirmmm bertambahhh.. kan

      Delete
  4. suka makan nasi lemak cedok mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Tapi yg ni.. org tu dah siapkan dlm bekas nasi dan telur... cedok sambal petainya aje...

      Delete
  5. memang suka makan nasi lemak yang alas dengan daun pisang sebab wangi tu yang tambat tekak dengan perut hahaha

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐