Kisah Misteri Malam Hari Yang Masih Teringat-Ingat di Benak Fikiranku

Kisah Misteri Malam Hari Yang Masih Teringat-Ingat Di Dalam Kepala|| Hai, memalam ni aku nak cerita benda yang agak misteri bagi aku. Untuk pengetahuan, aku adakalanya suka lalu jalan dalam daripada lalu highway sebab nak singgah-singgah banyak tempat. So pada hari kejadian tu, aku plan keluar dari laluan kampung tu untuk pergi ke highway sebab dah malam dan penat. Haaa..semestinya Cik Waze dan radio yang teman aku.. 

Nak dijadikan cerita, sampailah ke satu jalan kampung ni yang memang sunyi kawasan persekitarannya. Aku tengok sekeliling, gelap weh.. Kereta dari arah bertentangan pun tak banyak...Dalam dua hingga tiga km tu boleh dikira berapa biji je lalu...Sunyi habis! Cuma depan kereta aku, ada ler sebuah kereta lagi. Kiranya kereta kami berdua jela sedang menuju ke destinasi seterusnya. Aku rasa selamat sikit lah...Huhu..

Tiba-tiba kan......

Kereta depan aku ni berhenti woi. Aku pun slow kan kereta dan berhenti jugak. Aku tunggu punya tunggu, tetap tak jalan, dalam 10 hingga 12 saat aku tengok takda pulak dia bagi double signal ke apa kalau rosak, dia tahu aku kat belakang..Kereta tu berhenti betul-betul kat tengah jalan pulak tuh. Tak pasti lah rosak ke apa. 

Err...kalau dah malam buta, aku tak berani la nak jengah pulak, aku pun lelaju bagi signal, dan potong keretanya. Risau kalau orang kat dalam tu keluar kereta, pastu ada niat nak merompak ke apa apa....Masa aku potong jalan tu, aku tak pandang ke arah kereta sebelah, aku tunduk sikit, risau kalau orang tu gila ke tetiba tembak dari jauh..Aaaaaaaa~Ataupun kereta tu takda orang yang drive sebenarnyaaaa... Lagi seriau aku!!!!!! 

Kemudian, selepas aku potong tu, elok je kereta tu sambung drive macam biasa..Tak nampak sangkut-sangkut..Perghhh..lagi risau aku...Dia follow aku ke haper? Tak berani aku nak tengok cermin weh masa tu....Tengah fikir nak call sapa la ek..Tapi aku cuba pecut selaju-lajunya untuk sampai ke kawasan yang cerah sikit dan banyak kereta... Cuba fokus dan masih berhati-hati. Tiba-tiba, dah tak nampak kereta dorang, tak tahu la dorang  belok mana masa tu...Entahlah..sebab fokus tengok jalan raya je masa tu, tak ngendap cermin langsung. Fuhhhhh, lega aku! Alhamdulillah, selamat sampai rumah dan masih bernyawa. Ketarrr sistur! Takda gangguan lain selepas hari tersebut. Syukur ya Rabb!

Okaylah, tu je cerita ringkasnya...Kalau hayati dan bayangkan keadaan malamtu, mesti korang pun terasa agak seram dan boleh menangis time tu....Hmmm.....Mungkin aku banyak nau tengok drama, tapi tak mustahil ada dalam realiti..Sebab tu aku risau sangat masa tu weh!

Sampai sekarang, aku masih teringat-ingat...Macam fobia pulak. Haha... Misteri malam yang masih misteri...


 T A M M A T

14 comments:

  1. Seboleh2nya jalan malam2 jangan sensorang

    ReplyDelete
  2. Ada juga rasa misteri jalan sunyi, hutan. Macam ada kabus. Lagi masa itu sudah masuk Maghrib. Gelap. Cepat-cepat cari masjid.

    ReplyDelete
  3. Adalah tu dia masuk simpang, nona nak perasan. Mungkin dia berhenti tu sebab tiba2 lost simpang Mana nak masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, maybe..tapi dia tak bagi signal ketepi (laluan yang bertanah di tepi).
      Cuma stop kat tengah jalan, dahlah jalan tu memang satu hala punya je...Errr

      Delete
  4. Allah bahayanya..huhuuu risau pulak rasa bila baca..seram kot dia stop pastu bila nona potong dia ikut blkg mmg risau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti dia bak ke manaa... hm.. masih misteri

      Delete
  5. Seram betul. Kalau saya pun tak berani nona. Syukur tak ada apa berlaku. Zaman sekarang ni risau gak modus operandi orang merompak ke apa. bagus xkeluar kereta teruskan perjalanan. Agaknya dia terbrek cari handphone jatuh agaknya kot. takpun tetiba dia terbrek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, maybe...sebab s jarak, x perasan dia break emergencyy..fuh, sebbaik x langgar..hehe

      Delete
  6. abes masa potong kete tu sempat x tgk pemandu dia? 🤔🤔🤔

    ReplyDelete
  7. Saya x toleh, sy pandang depan aje

    ReplyDelete
  8. i think kan, masa u ikut belakang dia, lampu u tinggi, so dia sakit mata then mmg nak u potong... seriously i selalu kena macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, maybe la..Tapi biasanya kalau adankereta kt drpan, sy x on lampu tinggi ..if sy sorg punya kereta, sy mmg akan buka..huhu... tapi tak toleh at all dah.. Haha..Maybe la tu

      Delete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐