Amalan Dan Cara Membantu Orang Yang Sudah Meninggal Dunia

Amalan Dan Cara Membantu Orang Yang Sudah Meninggal Dunia || Assalamualaikum. Masa berlalu dengan cepat. Dah seminggu arwah pak cik Marzuki (Pak Ngah Nona) meninggal dunia. Moga diampunkan segala dosanya dan dilapangkan kuburnya.

''Janganlah mengingat-ingat orang-orangmu yang telah wafat, kecuali dengan menyebut-nyebut kebaikan mereka. (An-Nasaa’i)''

''Ada tiga perkara yang mengikuti arwah sesudah wafatnya, iaitu keluarganya, hartanya dan amalnya. Yang dua kembali dan yang satu tinggal bersamanya. Yang pulang kembali adalah keluarga dan hartanya, sedangkan yang tinggal bersamanya adalah amalnya. (HR. Bukhari dan Muslim)''

Info Hadis dari:  20 Hadis Berkaitan Mati  


Oleh itu, nona nak share sikit tentang amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh kaum kerabat atau sahabat handai kepada orang yang telah meninggal dunia agar dipermudahkan urusannya di 'sana' kelak.

1. Solat Jenazah

Ini salah satu amalan yang boleh dilakukan setelah sah kematiannya. Segala bacaan di dalam solat ini pun sudah mengandungi doa buat si mati.

2. Sedekahkan Al-Fatihah dan Yaasin Serta Tahlil

Ya, niatkan bacaan itu buat mereka, dan sebut nama mereka sewaktu tahlil serta doa.Moga doa doa yang dipohon itu diangkat dan sampai buat arwah agar mudah urusan di sana.

3. Membayar Hutang Duit Si Mati

Sekiranya si mati ada berhutang, bolehlah berjumpa dengan ahli keluarga untuk menuntut hutang tersebut. Jika kita adalah orang yang arwah berhutang, kita perlu meminta kepada pewarisnya agar melangsaikan hutangnya. Ini pun salah satu tugas kita untuk membantunya di 'sana'. 

Dan jika kita pula mempunyai hutang dengan si mati, kitalah seharusnya melunaskan hutang tersebut agar mudah urusan keluarganya.


4. Membayar Hutang Puasa

Orang yang tidak mengerjakan puasa Ramadhan selama beberapa hari atau lebih dari itu, atau ia tidak mengerjakan puasa "nazar" atau puasa "kifarah", disebabkan uzur syar'i (seperti sakit dan sebagainya) lalu ia mati sebelum sempat mengqadha puasanya, maka ia tidak dikira berdosa.

Dengan itu, pihak kaum kerabatnya tidak dikenakan mengqadha puasanya atau membayar "fidyah" dari harta peninggalannya.

Namun begitu, kalau ia mati setelah hapus uzurnya yakni setelah ia sembuh dari sakitnya dan sebagainya, tetapi semasa hayatnya tidak mengqadha puasanya itu maka hukumnya menurut jumhur ulama', bahawa pihak kaum kerabatnya tidak dibolehkan berpuasa untuknya tetapi hendaklah membayar "fidyah" untuknya dari harta peninggalannya, iaitu memberi makan orang miskin, satu cupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasanya.

Info lanjut dari SINI 

5. Sedekah Pakaian atau Barangan kepada Yang Memerlukan

Ya, usah ditangisi secara berlebihan. Inilah hakikat. Bukan mimpi. Berilah atau sedekahkan barangan arwah kepada anak yatim atau fakir miskin atau sesiapa yang memerlukan agar pahalanya berpanjangan kerana digunakan selalu untuk meudahkan urusan orang lain. Meskipun begitu, boleh saja jika ingin menyimpan sedikit barang sebagai kenangan. Cuma bukan untuk ditangisi sepanjang masa sehingga memudaratkan diri. 

Selain itu, ahli keluarga juga boleh sedekahkan makanan atau apa sahaja kepada yang memerlukan atas niat untuk pahala kepada si mati, dan minta mereka yang menerima agar sama-sama mendoakan untuk arwah. 

6. Niat Tunaikan Haji buat Si Mati

Ini salah satu amalan yang boleh dilakukan. Teruskan niat arwah untuk menunaikan haji atau lakukan haji untuk diniatkan pahala kepada si arwah.  Bukan sahaja kita mendapat pahala, malah si mati juga mendapat bahagian yang baik di sana.

7. Doa Anak Yang Soleh atau Solehah

Seperti yang kita tahu, point ini ada di dalam Hadis:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih daripada Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Maka dengan itu, berusahalah menjadi anak yang soleh atau solehah agar kelak doa kita diangkat dan sampai kepada mereka yang telah meninggal dunia.


Itu serba sedikit info yang Nona tahu dan boleh diamalkan agar tenang dan damai arwah di sana. Amin.

Hmmm....

Pada mulanya hati memang sukar untuk tabah tapi percayalah, masa akan menentukan segalanya. InshaALLAH


Kalau ada lagi point lain, bolehla share ye...Nanti Nona update dalam blog.. Thanks..


 

4 comments:

  1. Semoga mudah urusan mereka di sana

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, thanks for sharing.. mcm2 cara kita boleh bantu kan

    ReplyDelete
  3. Al-Fatehah buat mereka yang telah tiada...

    ReplyDelete
  4. Semoga amalan yang kita lakukan dapat membantu arwah di sana.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐