Bisul Di Anggota Badan, Jangan Gatal Tangan Nak Picit Ya! Ambil Tahu Punca & Gejalanya

Bisul Di Anggota Badan, Jangan Gatal Nak Picit! || Ye, pernah kan? Haa..sebelum tu kena tahu apakah punca dan gejalanya. Tak boleh sesuka picit meskipun dah terasa geram. Huhu..Oh lagi satu, bisul tak semestinya muncul disebabkan tak jaga kebersihan. Ada yang lemah imunisasi dalam badan memasing..

Bisul Tiada Mata Tu Macam Mana?

Bisul adalah benjolan yang memedihkan dan bernanah pada kulit. Punca bisul selalunya berlaku disebabkan jangkitan bakteria yang dikenali sebagai bakteria staphylococcal.

Bagi jenis bisul tanpa mata pula, ia adalah bisul yang tidak mempunyai titik mata berwarna putih di tengahnya.

Untuk makluman pembaca, bisul juga mampu menjejaskan banyak bahagian badan seperti muka, leher, ketiak, punggung dan paha.

Anda mungkin mempunyai lebih daripada 1 bisul pada satu masa dan kebiasaannya, ia bukan keadaan yang serius dan boleh dirawat.

Terdapat beberapa faktor seseorang biasanya terkena bisul, seperti:

  • Mereka yang kurang menjaga kebersihan diri
  • Alahan
  • Ahli keluarga yang mengalami jangkitan kulit berulang
  • Sistem imuniti badan yang lemah
  • Kurang zat makanan
  • Pesakit diabetes
  • Berada di kawasan penempatan yang sesak seperti di institusi atau rumah kebajikan.
Bisul Tanpa Mata di Payudara

Sekiranya anda mengalami bisul, juga disebut furuncles, anda mungkin mengenali benjolan berwarna pink di payudara.

Kebiasaannya, bisul adalah benjolan yang bengkak di bawah kulit.

Ia mungkin sedikit menyakitkan apabila disentuh, atau saat bergeseran dengan pakaian atau coli.

Bisul tanpa mata juga biasanya akan membesar apabila nanah masuk ke dalam lesion.

Secara umumnya, ia boleh dirawat dengan mudah tetapi bisul payudara yang besar mungkin perlu dibedah oleh doktor.

Bisul di bawah lengan selalunya berlaku apabila folikel rambut dijangkiti. Ini mungkin disebabkan oleh faktor:

  • Berpeluh dengan berlebihan: Sekiranya anda berpeluh lebih daripada biasa kerana cuaca atau aktiviti fizikal, tetapi tidak membersihkan diri dengan betul, maka kalian lebih mudah terdedah dengan jangkitan seperti bisul
  • Mencukur: Ketiak anda adalah tempat di mana peluh dan kulit mati berkumpul. Jika anda kerap mencukur ketiak, kemungkinan besar anda akan mendapat jangkitan bakteria. Semasa mencukur, secara tidak sengaja anda mungkin telah ‘membuka’ permukaan kulit lantas mengakibatkan bakteria untuk masuk dengan mudah
  • Kebersihan diri yang lemah: Apabila kawasan bawah lengan jarang dicuci, kulit mati boleh terbentuk yang menyumbang kepada pembentukan bisul atau jerawat
  • Sistem imun yang lemah: Sekiranya anda mempunyai sistem imun yang lemah, tubuh kurang mampu melawan jangkitan bakteria. Bisul juga kerap terjadi pada penghidap diabetes mellitus, kanser, ekzema atau alahan

#3 Bisul tiada mata di paha

Paha, lebih-lebih lagi pada bahagian dalam adalah tempat yang biasa untuk bisul terbentuk kerana kawasan ini sering bergeseran dan berpeluh terutama dalam cuaca panas seperti di Malaysia.

Ini mendorong pertumbuhan bakteria di dalam folikel. Tetapi, beberapa keadaan menjadikan anda lebih mudah terdedah, sebagai contoh:

kesan penyakit psoriasis

  • Menghidap ekzema atau psoriasis, kesan calar atau luka meningkatkan risiko dijangkiti
  • Sistem kekebalan tubuh yang terganggu membuatkan anda lebih cenderung mengalami jangkitan
  • Menghidap diabetes, mungkin menyukarkan badan pesakit untuk melawan jangkitan
  • Tinggal atau bekerja dengan individu yang mempunyai bisul juga boleh meningkatkan risiko terhadapnya
  • Mempunyai berat badan berlebihan boleh meningkatkan risiko anda mendapat bisul

# Bisul pada faraj

Bisul faraj merupakan benjolan bernanah dan meradang yang terbentuk di bawah kulit faraj.

Benjolan ini sering tumbuh di bahagian luar faraj, di sekitar kawasan kemaluan, malah di labia.

Sama seperti di anggota tubuh lain, bisul faraj boleh terbentuk apabila folikel rambut terjejas lantas menyebabkan jangkitan.

Ia boleh bermula dengan benjolan kecil yang berwarna merah serta berkembang menjadi bengkak dan menyakitkan dalam masa beberapa hari dengan berisi nanah putih atau kuning.

Bisul, kebiasaannya tidak perlu dikhuatiri kerana sebilangan besarnya akan sembuh dengan sendiri dalam tempoh 1 atau 2 minggu.

Pun begitu, bagi kes yang parah, khidmat dan rawatan daripada doktor mungkin diperlukan.

Apa pun, ingat ya, jangan sesekali memicit, mencucuk atau memotong bisul anda kerana ia hanya akan membuatkan bisul menjadi semakin parah!




Info : Hello Health Group 


4 comments:

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐