Cara Mudah dan Menjadik Buat Brownies Kedut Menggunakan Set Brownies Kedut Passion Food

Cara Mudah dan Menjadik Buat Brownies Kedut Menggunakan Set Brownies Kedut Passion Food || Hi, minggu ni takda cerita pasal makanan lagi..Tak lengkap pulak rasanya tak cerita pasal food... 

Jom cerita sikit..ini kisah haritu, Nona craving brownies kedut pulak tapi nak rasa air tangan sendiri! Dan kalau boleh, nak yang paling senang dan pantas pembuatannya..Lepastu kalau buat, nak terus jadik! Hahahaha....Berapa banyak keinginan haa..

Scroll punya scroll Instagram, Nona nampak satu kedai ni yang menjual bahan dan barangan untuk membuat brownies kedut. 

They told 'Bake Your Own' . 

Whoa, Menarik! Macam faham faham jer! Ini yang kita mahukan! Segala bahan dah tersedia kecuali telur sebanyak dua biji. Bukan sahaja barang masakan yang ada dalam sekotak tu, malah resepi pun dah diberi untuk customer semua..  Tak perlu pening-pening cari satu satu bahan, semua ada dalam ni, tinggal beli telur aje! Wohooo!

Chak! Dah sampai, excited tengok kotaknyaaa!
Bila bukak je kotak ni, semakin teruja kumelihatnya!

 Banyak betul bahan bahan yang ada untuk harga yang ditawarkan. Tak rugi grab this! Cuma kita perlu sediakan sendiri telur gred A sebanyak dua biji.

Setiap barang yang sampai telah dilabelkan dengan lengkap. 
Ada Compound A, B,C, D dan banyak lagi. 

Segala step disusun elok dari awal pembikinan sampai akhir pembikinan.

Untuk pertama kali, campurkan kedua-dua bahan sebelum ke next step.



Cairkannya untuk 40 saat. 
Sebelum dicampurkan dengan bahan lain. 

Next? 
Korang baca je pada step yang disediakan agar lebih mudah dan pantas urusan menyiapkannya.
Ehh...senang sangat lah! Setelah siap mencampurkan segala bahan, tuangkan ke dalam bekas aluminium yang disediakan. Haaaaaaaa, bekas aluminium pun dah ada sekali! Tak perlu pergi beli kat luar lagi dah..


Setelah siap diisi rata segala campuran, taburkan segala topping yang menyelerakan, kemudian bolehlah bakar ia.

Complete set dengan macam macam topping woo...Dapatlah menikmati Biscoff Brownie, Peanut Butter Banana Brownie, Chocolate Chips Brownie, Salted Caramel Almond, Walnut Brownie dan Nutella Brownie..

Nona just guna air fryer. Suhu dan masa untuk membakar brownies pun dorang dah tentukan.. Bolehla ikut ye.. Cuma Nona tukar guna suhu 180 untuk 20 minit awal, lagi 15, minit kurangkan ke suhu 165! Elok aje kejadiannya..


Yassss, siap! Senang betul!

Ops...Nona tak letak pisang bersama peanut topping tu....Dalam resepi, kena letak..tapi saya dah craving..tak letak pun takpa..Hahaha..

Hias la ikut mana pun, meskipun tangan Nona tak berseni, tetap kuhias seikhlas hati tau..Haha..JANJI SEDAP! JANJI BROWNIES MENJADIK! Gituhhh...

Aaaaa... I love it! Rasanya sedap, ada crunchy crunchy, tidak terlalu manis, senang dan cepat siap! Lagi best ialah finally, menjadik brownies kedut Nonaaa! Haritu buat tak jadik guna bahan lain, maybe terkurang something kot..

Hehe...Gembira betul tengok satu family makan dan puji sedapp! Nanti buat lagik! Loveee!


Okaylah,  ada yang berminat jugak nak kerja mudah macamni dan pasti jadik bila membuat brownies kedut??

Jomlah try!! Tak tipu! 
Confirm jadik walaupun awak newbies..Kah kah!

Harga: RM32.80
 Caj Postage: RM 5 untuk seluruh Malaysia

Boleh refer Info Di Bawah Ye



ATAU

Whats App: 
0163492886








6 comments:

  1. Baguslah buat sendiri ikut keinginan. Ini beli sahaja atau adik yang suka buat brownies. Saya ini masih sibuk hendak lasagna tidak muak. Masih rajin cuba. Hehe rasa kalau kita suka, kita akan gigih buat sampai jadi.
    Selamat buat lagi.

    ReplyDelete
  2. Alaaa teringin brownies lah pulak

    ReplyDelete
  3. waa nampak mcm senang jer nak buat ni

    ReplyDelete
  4. Dah cuba buat brownies guna bahan yg PassionFood sediakan. Menjadik. Cantik kejadian. Siap belikan utk anak sedara lagi buat modal dorang buat indoor activity

    ReplyDelete
  5. Waahh senang betul ada one set terus ni. gerenti menjadi tu. topping pun ada macam macam ikut selera. Sedapnya brownies. dah lama tak buat sendiri.

    ReplyDelete
  6. Waa ko dah buat yaa, mesti sedap ekk..
    Sis ko bizi belum sempat nak cubanya..

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐