Pertama Kali Mendaki Bukit Tizz Seri Alam, Johor

Pertama Kali ke Bukit Tizz Seri Alam, Johor || Inilah aktiviti hiking pertama untuk PKP 2.0. Terlambat sikit masuk sebab tunggu member datang dari tempat jauh jauh. Jam 8 pagi barulah bergerak masuk. 

Yezza, masuk dari gate ni ha...

Ramai jugak pada haritu sebab ada bukit lain jugak dalam kawasan sini..Bukit lain dalamni aku dah pergi..Lagi jauh jarak pendakiannya ui..


Seronok melihat pokok pokok, memijak dedaun kering dan mendengar kicauan burung. Ada ketenangan kat situ... Alhamdulillah!


Yang sebenarnya, kalau ikut jalan short cut, cepat aje sampai. Tapi sebab member aku sebelumni lalu jalan lain, maka lalulah kami ke jalan yang di pergi tu....Namun begitu, ada sesuatu yang berbeza apabila melalui jalan tu, keadaannya dah tertutup dengan daun daun yang semakin merimbun..Mungkin gara gara PKP, tempat tu terbiar sehingga menyebabkan semak samun. 

Jadi kami pun berpatah semula ke arah jalan sebelum tu tapi terus melalui jalan short cut. Huhu

Pokok Getah!
Ye, terdapat banyak pokok getah di sekitar sini. Seronok tengok bekas yang penuh dengan getah..Bahagia sang penoreh mendapat hasil untuk dijual.....

Sebelum sampai puncak, haruslah selfie terlebih  dahulu meskipun dengan muka tembam.Bahahaha..

Pondok yang unik lah bagi aku..Hihi..

Checkpoint pertama sebelum sampai, akan jumpa beberapa biji batu bersaiz besarr..Takda gambar sebab gambar tak menjadik pulak...Haizz..Kemudian barulah kami sampai ke puncak bukit Tiz..Hehe..
Ketinggiannya 128 meter


Acah acah kat Sabah..Kah!

Okaylah, mari kita bergambar dan ambil angin sepuasnya di sini...huhu..Jujur, memang berangin dalam pancaran cahaya matahari..

Bila dah puas berselfie, bergambar dan menikmati alam, kami pun mulakan langkah untuk pulang.Tak dapat pulak bergambar dengan buaian kat situ..Acah acah model hutan...Haha..Ye..ada buaian, tapi tetiba datang segerombolan budak muda terjah dulu..Huhu..So malas lah nak berlama-lamaan.

Ada tali disediakan di beberapa kawasan turun naik kat situ...Memang sangat berguna sebab tak dapat nak capai benda lain untuk dipegang..Syukur ada tali tu ...

Sekejap je perjalanan kalau dari bukit Tiz ni untuk ke tempat parking semula. Tapi penatnya tu terasa sangat sebab dah sekian lama tak buat aktiviti camni ditambah pula dengan cuaca panas lit lit ni~ 

Ha, apa lagi yang menarik ialah kami jumpa seorang amoy jual air setibanya kami ke bawah tu..Fuh...alang alang memang tengah kepanasan dan kepenatan, haruslah singgah tengok apa ada kat situ..Kan....Air botol sendiri pun nak habis dah..

Mashukkkkk!
Nak jugak lah try bukak meja kat sini..Huhi..

Okaylah, bagi sesiapa yang berminat untuk ke sini, try je search nama bukit Tiz ni yer..Bagi keluar peluh, atau ambil angin... Gituh!







Post a Comment

13 Comments

  1. Replies
    1. Ya..start sudeh... hiking bila mahu aje.. ikut mood..

      Delete
  2. Kawan-Kawan Zumba Sis pun ramai dah daki, derang ajak, tapi memang tak mampu laaa Sis ko nak daki... senam kat rumah aje lerr huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik sis.. hoho.. xpa.. janji senammm gitu..

      Delete
  3. Seronoknya dapat hiking. Bebas sikit dari dunia perapan di rumah. Pertama kali dengar bukit Tiz. Cantik juga view dia, trail pun okay je. Bagus Nona rajin hiking :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, bebas sikit..haha..Memang cantik..Subhanallah...Suka nengok wo... trail pun ok... xdela terlalu curam.. or tinggi mana pun.. hehe..

      Delete
  4. aktiviti yg sihat. ada gak yg meniaga ye bagus tu

    ReplyDelete
  5. Best-best. Dah pergi Tasik 3 Beradik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udah dong... hoho... Cuma tak cerita.. sebabbbb... pintu masuk yang kitaorang gi haritu dah tutup..

      Delete
  6. Amboi nama Nona Cantik dan Sihat.
    Seronok tengok alam semula jadi.

    ReplyDelete
  7. bestnyaaa... i love hiking, tapi tak berkesempatan nak pergi lagi

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐