Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog || Alhamdulillah. Masih bernyawa. Harini nak join Giveaway menarik ni sebab alang-alang ada idea nak buat entri untuk dikongsi kenangan bersama dan kalau ada rezeki, boleh menang hadiah...(Semua yang join confirm dapat kad raya, dan lagi 10 pemenang bertuah juga bakal dipilih)

https://1.bp.blogspot.com/-Pr5q5WpX_cE/YFa8yHK_i3I/AAAAAAAAWGw/uDC5cC_3E3c07TyBcYegNvazJoBSjC_LQCLcBGAsYHQ/s652/Giveaway%2BRaya%2BBSRB.jpg

So, ini soalan daripada Cik Shida:

 Nyatakan perasaan korang dalam menyambut bulan Ramadhan & Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi (penceritaan bebas).

Perasaan aku, sudah tentu gembira menyambut bulan mulia yang bakal tiba. Ramadan adalah bulan yang penuh barakah dan semua orang Islam menantikan kedatangannya. Masa nilah umat Islam berusaha merebut pahala sebanyaknya. Malam Lailatulqadr juga hanya ada pada Ramadan, bertuah bagi yang menjumpainya nanti.

Bulan Ramadan juga bulan yang meriah dengan bazar Ramadan dan bazar raya. Bukan bermaksud aku suka aktiviti membazirkan duit, tapi dekat situlah ada pelbagai makanan yang mungkin jarang dimasak atau dimakan, akan kujumpa. Selain itu, pakaian dan barangan lain untuk hari raya pun ada dibuat jualan sale...Hehe... Sebagai peniaga, mestilah happy time ni. Betul tak? 

Dan selepas Ramadan, kita berjumpa Syawal. Nah, ini lagi menyeronokkan kerana meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Seronok berjumpa sanak saudara, serta ahli keluarga yang masih ada di dunia ni. Hargai masa yang ada bersama. Selain itu, Syawal nanti meriah dengan makanan, pakaian baru yang cantik-cantik dan senyuman dari mereka yang tersayang. Kita akan saling berbalas ucapan, bermaafan dan bergambarr! Photoshoot tu i sukaaa!

Tapi tahun ni agak berlainan sikit rasanya sebab pak ngah Nona meninggal bulan Februari haritu.. Dah tak kedengaran suara beliau lagi nanti... Selalunya, salah satu benda yang aku suka bila tiba musim raya ialah mendengar Cik Marzuki laungkan takbir raya pada malam dan pagi raya. Errr, berkaca pulak mata kita..  Seluruh ahli keluarga pasti senantiasa merindukan arwah....Sobbs! Al-Fatihah (dibaca) buat arwah pak cik Marzuki dan semua yang telah pergi meninggalkan kita.. 


Okaylah...tu sahaja coretan pada kalini... Moga tahun ni bolehlah beraya meriah sikit dengan mengikut SOP yang ditetapkan. Last year masih dapat merentas daerah, so kami rentas balik kampung nenek..Lega jugaklah... Dan moga cepatlah COVID 19 ni berakhir dari bumi Allah...Kalau boleh, dah tak sebut lagi dah..Hm!! Mimpi ke tuh??


Psssstt: Kena tag dua blogger member.... So kita tag Blogger Azhafizah dan Blogger Syazni Rahim untuk sama-sama sambung join! Hihi~

TAPI

   

Rakan Blogger yang lain, jomlah support jugakk!!





Notahati: Harap ada rezeki dapat jadi 10 pemenang bertuah dalam GA nih. Amin!


18 comments:

  1. All the best dan good luck Nona...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Hihi.. Thank Youuuu.. Harap ada rezeki...

      Delete
  3. Bulan Ramadhan memang meriah dengan segala juadah. Sedih bila kali ni ada ahli keluarga yang tiada. Al fatihah buat arwah pakcik Nona.

    Semoga ada rezeki untuk Nona menang GA Shida :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. semoga ada rezeki Nona... Amin... Ha ahh.. sedih sikit... hm..

      Delete
  4. singgah dri GA yg sama..goodluck!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huiyoooo... Thank youuu... Goodluck too!!!

      Delete
  5. Salam Nona :)
    Shida blogwalking ke blog peserta-peserta GA Raya Bersama SRB.

    Seronokkan menyambut bulan ramadhan dan syawal, harap dapat lah menyambut dgn meriah walaupun kita dalam norma baharu. Salam takziah utk Pakngah nona ye..AL Fatihah (dibaca).

    Terima kasih sudi join Giveaway Raya Bersama SRB <3
    ALL THE EBST!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. moga meriah tu tetap terasa la... Thank u... thank youu.. Harap ada rezeki menang giveaway ni.. Hehe..

      Delete
  6. all the best Nona! Salam takziah atas pemergian Pak Ngah Marzuki. Moga raya tahun ni kita dapat photoshoot puas2 walaupun dlm norma baharu. :)


    tapi ... macam sendu je dapat rentas negeri. T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank Youuu... Amin ya Rabb... Haaa.. sy rentas daerah je pun dah ok.. huhy

      Delete
  7. good luck and selamat bersegmen :)

    ReplyDelete
  8. Senarai Pemenang dah keluar ya :)
    Boleh semak, Tahniah kepada semua peserta!

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐