6 Restoran Cina Halal Terbaik untuk Foodie Muslim di Pulau Pinang

6 Restoran Cina Halal Terbaik untuk Foodie Muslim di Pulau Pinang

6 Restoran Cina Halal Terbaik untuk Foodie Muslim di Pulau Pinang || Terdapat pelbagai jenis menu makanan cina yang boleh di cuba sebenarnya. Ada juga di kalangan menu ini yang boleh dinikmati selalu sepanjang masa. Makanan cina di Malaysia tidak semuanya non halal kerana sudah ada banyak restoran cina muslim yang dibuka di sana sini. Malah, restoran cina muslim ini turut muncul di Pulau Pinang. 


Dan antara beberapa tempat makan yang menawarkan menu chinese food halal untuk muslim di sekitar Pulau Pinang adalah seperti yang di senaraikan di bawah ini. 


1. China Muslim Restaurant 3.0 (CMR)

Image credits : pinkypigletland.blogspot

Kini, anda tidak perlu lagi untuk membuat perjalanan yang jauh ke China untuk menikmati makanan di sana kerana anda boleh mencuba makanan Cina yang halal di Pulau Pinang. 

Bertempat di D’Piazza Mall, CMR 3.0 tidak hanya menyajikan makanan Cina tetapi mereka juga turut menyajikan makanan Cina yang asli dari Cina. Bagi mewujudkan perkara tersebut mereka meminta chef Muslim yang mahir daripada China untuk memastikan pelanggan mereka dapat menikmati makanan China yang sedap di sini. 



2. Radzidah Hokkien Mee

Image credits : zolkifli.blogspot.com

Gerai yang sederhana tanpa papan tanda ini telah mula beroperasi sejak tahun 2001 lagi dan mereka sangat terkenal di kalangan tempatan. Antara hidangan yang sangat digemari ramai adalah Char Hor Fun dan Hokkien Mee mereka dengan maklum balas yang ianya sangat sedap. 

Apabila anda berada hampir dengan gerai ini, anda akan dapat menghidu bau kuah Hokkien Mee yang dimasak dan direbus dalam periuk yang sangat besar. 


3. Kungfu Kitchen

Image credits : crispoflife.com


Terletak di Jalan Anson, Kungfu Kitchen ini telah menjadi salah satu tempat kegemaran rakyat Malaysia untuk menikmati masakan Cina yang Halal. Chef mereka yang berasal daripada China telah menjadi kunci utama kepada rasa makanan Cina yang sangat hebat dan asli di Kungfu Kitchen ini. 

Antara hidangan mereka yang mesti dicuba adalah Hometown Beef Noodles mereka yang sememangnya sedap. Hidangan ini adalah sup jernih yang digabungkan dengan cili pedas dan daging lembu yang sangat lembut yang pasti dapat memenuhi selera sesiapa sahaja yang mencubanya. 



4. KOTA Dine & Coffee, When Francis Meets Rempah


Image credits : crispoflife.com

Kepada instagrammer yang suka menikmati makanan, Kota Dine & Coffee adalah tempat yang sesuai untuk anda. Bukan saja anda dapat menikmati hidangan Peranakan yang halus, tetapi anda juga boleh menemui tempat yang sesuai untuk insta pada masa yang sama. 

Antara hidangan yang dicadangkan untuk anda cuba adalah Jumbo Platter mereka supaya anda dapat mencuba hampir semua makanan khas Kota Dine & Coffee ini. Hidangan Jumbo Platter ini hadir dengan pelbagai jenis makanan seperti Tandoori Chicken, Samosa, Kerabu Mangga dan juga Turmeric Chicken. 


5. Anna’s Chinese Muslim Kitchen

Image credits : travelmalaysia.com


Sekiranya anda tidak mengetahui tempat yang baik untuk mendapatkan Dim Sum yang Halal, Anna’s Chinese Muslim Kitchen adalah tempat yang terbaik untuk anda kunjungi. Bermula dari sarapan hingga makan malam, mereka tetap berusaha untuk memenuhi keinginan anda. 

Terdapat pelbagai jenis pilihan Dim Sum untuk anda membuat pilihan. Ketika anda sedang menikmati Dim Sum di sini, jangan lupa untuk untuk mencubanya bersama sos manis mereka. Ianya sangat mengiurkan sehingga anda pasti tidak dapat menahan untuk gigitan yang seterusnya. 


6. Muhamad Loh Restaurant

Image credits : penangfoodie.com


Rasa makanan di Restoran Muhamad Loh ini tidak perlu diragukan lagi kerana restoran ini pernah disiarkan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM). Restoran ini juga telah mendapat ulasan yang hebat dari pelanggan mereka.

Antara hidangan mereka yang paling diminati oleh para pelanggan mereka adalah Hong Kong Grouper, Butter Prawn dan juga Ketam yang dihidangkan dengan sos yang istimewa. Anda semestinya tidak boleh melepaskan peluang untuk mencuba hidangan yang dihidangkan oleh mereka. 


Yang paling mudah, boleh pesan secara online melalui aplikasi Foodpanda. Dengan aplikasi Foodpanda ini, setiap menu boleh dilihat infonya sama ada halal atau tidak. Dengan cara begini, pelanggan muslim boleh tahu dan tidak akan tersalah saat membuat pesanan tersebut. 

Makanan yang dipesan juga akan terus dihantar sehingga ke tangan pelanggan mengikut lokasi pilihan jadi tidak perlu lagi bersusah payah seperti dulu hanya kerana ingin menikmati sesuatu hidangan.

Post a Comment

22 Comments

  1. wahh byk rupanya, tau 1-2 je daripada list di atas. Tapi.. bila la dpt blik penang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh. pernah pergi jugak la ea.. ok ok. nanti pergi.. inshaAllah... hal Covid pasti berkurangan.. tapi bila memang tak pastii.. hm

      Delete
  2. Lama x gi penang.. ntah bila dapat jejak situ lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. last saya pergi darjah enam.. Haha.. Teringin nak gi lagi

      Delete
  3. Mekaseh share Nona.Selalu pergi sana jalan2,beli jeruk & makan nasi kandar jer.Tak tahu lah bila boleh pergi Penang lagi.

    ReplyDelete
  4. Aduhaiii tengok makanan sedap sedap di tengah malam ni. Penang syurga makanan kan. Semua sedap. Sekarang foodpanda awal tutup. Kena order awal untuk dinner.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa.. ya.. salah satu tempat syurga makanan.. Oh yaa... awal tutup Food Panda... kan.. huhu...

      Delete
    2. Iyeee..kadang pkul 7:15 tutup dah..huhu resto tutup awal kot nak kemas kemas before pkul8

      Delete
    3. Ok... sebab ada kedai yang sampai pukul 10 malam bukak tu sy tengok...

      Delete
  5. aduhai..sedapnyaaa..menu2 ni..mudahnya ade foodpanda kan :)

    ReplyDelete
  6. Sedap menu-menunya, when francis meet rempah nampak menyelerakan, thanks for sharing, dapat idea baru

    ReplyDelete
  7. Tetiba craving chinese food! Once covid dah okay mesti pegi penang and rasa sendiri! Blog nona la akan jadi tempat rujukan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss... semestinyaaaa.. Hehe.. Thanks for referring here... Auuuu .. terharu kitaaaaaaa

      Delete

  8. Fabulous post, you have denoted out some fantastic points, I likewise think this s a very wonderful website.
    I will visit again for more quality contents and also, recommend this site to all. Thanks.

    Try to check my blog: 대구오피
    (jk)

    ReplyDelete
  9. Wow, awesome blog layout! How long have you been blogging for? you made blogging look easy. order assignment papers The overall look of your site is magnificent, let alone the content!

    ReplyDelete
  10. In the event that your paper is causing you any sort of disappointment, makes you apprehensive or focused, we have a path of online dissertation help least resistance for you - with practically no ramifications for your grade. Since our administrations are totally private, you can get the assistance of the best article scholars on the web and nobody will be the more shrewd.

    ReplyDelete
  11. I love to go to a restaurant for dinner. one day I search for a restaurant and then see this website. but that time my data connection was very slow and taking a time too much then I search for a website that provide the fastest connection NordVPN Review then I reach a website who provide good connection also more features are available.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .