Dua Kali Beli Biskut Perisa Matcha Latte Brand Gery || Rasanya ramai yang mengenali brand nih. Diimport dari Indonesia, pelbagai perisa dikeluarkan buat kita semua dan rasanya tidak mengecewakan. 

Aku pernah rasa biskut brand ni jenis roll punya (darck choc) also sedap! So kalini try biskut cracker nya yang disaluti gula lalu disapu dengan krim perisa matcha latte di sebelah bahagian biskut. 


Rasanya camana? Kalau dah dua kali beli, maknanya sedap kat tekak i laaaa...Huhu...

Sedap sangat la..Ketagih pulak rasa krim matcha latte tu..

Of course manis sebab disalut dengan gula sekali...
Tapi not too manis lah.. Rasanya seimbang semua, antara krim matcha latte dengan gula... Auuuu.. sedapnyaaa...

Bagi yang tak suka matcha or makanan bergula, saya suggest awak try dulu sekeping.. Hehe.. 

Beli mana? Haritu beli kat Mydin, tapi rasanya ada je kat banyak tempat. 

So overall,
I love it! Tapi kena makan berpada pada..
:: Dah start menjaga ke Nonaaaaaa  ~ Hahahaa:: 

(Berat naik berkilo kilo oi)