Keperluan Mengambil Suntikan Kancing Gigi Setelah Menghadapi Kemalangan?

Keperluan Mengambil Suntikan Kancing Gigi Setelah Menghadapi Kemalangan?

Suntikan Kancing Gigi Setelah Mengalami Kemalangan|| Selama aku hidup, inilah kali pertama kutahu mengenai suntikan kancing gigi selepas accident.Tahu ada penyakit kancing gigi tu, tapi kufikirkan rawatan biasa, rupanya ada suntikan kancing gigi ehhh.

Di negara kita, vaksinasi suntikan kancing gigi (tetanus) merupakan program imunisasi wajib yang perlu diambil semasa usia muda.

Pun begitu, ada situasi yang akan menyebabkan individu terpaksa mengambilnya sekali lagi dan ini termasuklah jika terlibat dalam sesuatu kemalangan.

Kenapa kena ambil suntikan kancing gigi selepas mengalami kemalangan?

Apa itu kancing gigi?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua mengetahui definisi sebenar mengenai kancing gigi ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, tetanus adalah sejenis jangkitan bakteria yang boleh menjejaskan sistem saraf lantas menyebabkan otot menegang atau mengetat.

Punca sebenar mengapa jangkitan ini dikenali sebagai kancing gigi adalah kerana ia kebiasaannya akan menyebabkan kontraksi pada rahang dan leher.

Ia adalah sejenis jangkitan yang sangat berbahaya serta mungkin boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan kadar segera.

Disebabkan itu, pengambilan vaksin adalah sangat penting untuk mencegah jangkitan dan ia perlu diambil pada usia muda lagi.

Namun ada beberapa situasi yang akan menyebabkan suntikan kancing gigi perlu diambil semula seperti terlibat dalam kemalangan! Kenapa?


Apa punca sebenar tetanus?

Jangkitan kancing gigi adalah didalangi oleh bakteria bernama Clostridium tetani yang biasa ditemui di dalam debu, habuk, kotoran serta najis haiwan.

Spora daripada bakteria ini boleh tersebar ke pelbagai permukaan serta boleh bertahan dengan sangat lama kerana sifatnya yang kebal terhadap suhu.

Bakteria ini boleh menjangkiti individu melalui salur darah yang terbuka akibat luka dan seterusnya merebak ke sistem saraf utama.

Kemudian, ia akan menghasilkan tetanospasmin – sejenis toksin yang akan menghalang isyarat saraf tunjang kepada saraf otot.

Inilah punca di mana seluruh otot pada tubuh badan akan mengalami kontraksi sehingga menyebabkan kekejangan atau kekejungan teruk.

Disebabkan itu, anda sangat disarankan untuk mengambil suntikan kancing gigi jika tubuh badan mengalami luka!

Apa gejala jangkitan tetanus?

Apa yang mungkin kita semua faham mengenai jangkitan bakteria ini adalah ia akan mengakibatkan kontraksi otot terutamanya pada rahang dan leher.

Kebiasaannya, gejala jangkitan kancing gigi akan mula timbul selepas 3 hingga 21 hari dari hari anda dijangkiti dengan bakteria ini.

Berikut adalah antara gejala biasa dialami penderita:

‘Lockjaw’ – kontraksi otot yang sangat menyakitkan dan lazimnya bermula pada otot bahagian rahang dan leher.

Gejala-gejala ini akan mengambil masa beberapa minggu hingga bulan untuk pulih selepas menerima rawatan berbentuk suntikan vaksin.

Namun, pengambilan suntikan kancing gigi ini haruslah cepat terutamanya jika berlaku kemalangan kerana risiko komplikasi masih wujud.

Walaupun pesakit berada dalam tempoh rawatan, kadar kematian akibat jangkitan tetanus adalah antara 10% hingga lebih daripada 80%.

Ini terutamanya dalam kalangan mereka yang tidak pernah menerima suntikan kancing gigi atau warga emas berusia 60 tahun ke atas dan bayi yang baru lahir.

Kenapa suntikan ini perlu selepas terlibat kemalangan?

Ya, vaksin tetanus adalah sangat penting untuk mengelakkan serangan kancing gigi dan sudah diambil sejak usia muda lagi.

Pun begitu, itu tidak bermakna kalian sudah selamat dan tidak perlu mengambilnya lagi terutamanya jika berlaku kemalangan.

Ini kerana apa-apa juga jenis kemalangan yang berlaku pada diri anda kebiasaannya pasti akan melibatkan luka pada tubuh badan.

Antara kemalangan yang dimaksudkan itu adalah seperti:

Meskipun anda sangka bahawa ia tidaklah seteruk mana kerana hanya mengalami luka ringan sahaja, anda mungkin perlu ubah persepsi ini.

Ketahuilah bahawa luka yang terbuka tidak kira sama ada ia besar atau kecil, masih berisiko menyebarkan bakteria tetanus ke dalam tubuh badan.

Ini terutamanya jika kemalangan yang berlaku pada anda itu terjadi pada tempat penuh debu, habuk atau kotoran kerana ia adalah tempat yang sesuai untuk bakteria tersebut merebak.

Jadi, jangan ambil mudah mengenai pengambilan vaksin tetanus ini ya? Bertindaklah segera sebelum terlambat!



Info: Hello Health Group 


Post a Comment

7 Comments

  1. Rasanya sekali aje pernah amik injektin ni.. masa mengandung anak pertama.. lepas tu takde dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh. sekali je ehh.. Anak kedua dan ketiga?

      Delete
  2. kancing gigi bahaya kan , boleh putus lidahhhh huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huishhh.. memang leh putuss.. fuhhh. fuhhhh...

      Delete
  3. Mekasih share tentang ni, nona. Anak akak pernah kena kancing gigi ni. Jaw dia tak boleh gerak. Cepat-cepat hantar emergency. Dia ada allergic pada ubat yang dia makan sebelum tu, sebab dia demam dan cerry berry. Memang scarry. Boleh berlaku walaupun waktu kecik dah cucuk tetanus.

    ReplyDelete
  4. Baru tahu jugak suntikan kancing gigi lepas accident. Tq share Nona. Kalau tak, tak ambil tahu lansung. huhu

    ReplyDelete
  5. Allahu...bahaya jugak bakteria ni ek..ingatkan macam mana kejadiannya tu...dulu kalo tak silap, amek tetanus ni masa sekolah kan

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .