Kelebihan dan Faedah Amalan Malam Nisfu Syaaban

Kelebihan dan Faedah Amalan Malam Nisfu Syaaban

Kelebihan dan Faedah Malam Nisfu Syaaban || Alhamdulillah, berjumpa dengan malam nisfu Syaaban! 

Info ni aku terima dari group Whats App: Malam Nisfu Syaaban adalam antara malam doa diterima, jangan lepaskan peluang minta apa saja hajat dan impian kita.

Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,

.

‎قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.

.

Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.

(Riwayat Ibnu Majah)


FAEDAH AMALAN PADA NISFU SYA’BAN :

Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, baca Al-Quran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:


1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.

2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.

3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.

4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.

Semoga kita mendapat keberkatan dengan mengerjakan amalan di malam Nisfu Syaaban ini. Aamin.

Dah, jom teruskan mengimarahkan malam nisfu Syaaban! 

Ini Lukisan Kat Klinik Penawar Siang Tadi Singgah Kejap. Cantik! Ada effect 3D sikit




Notahati:  Doakan Nona dibukakan pintu hati untuk berkahwin... Hihi...


Post a Comment

4 Comments

  1. alhamdulillah. perkongsian yang sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah ampunkan dosa kita dan makbulkan segala doa-doa kita. Aaminnn

    ReplyDelete
  3. insya'Allah..doa bulan Syaaban..moga dipermudahkan urusan jodoh nona..ameen

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .