Ketahui 13 Sebab Kaum Adam Tidak Subur

Ketahui 13 Sebab Kaum Adam Tidak Subur

Ketahui 13 Sebab Kaum Adam Tidak Subur || Nah, aku pernah jual ubat kuat dulu, lama dulu laaaaa, masa zaman tak kenal pasal ubat-ubatan ni ha....Sekarang tak berani jual, takut ejen bagi barang fake..Kan..  So masa aku jual tu, akan ada bini yang Whatsapp tentang masalah suami mereka. Mereka cuba berikhtiar selain daripada dapatkan rawatan doktor. Kesian...Bininya dah buat pemeriksaan doktor, and the result semuanya okay..Takda masalah untuk dapatkan baby..Oleh sebab itu, berjaga-jagalah wahai lelaki agar selalu mengamalkan cara hidup yang sihat... Namun begitu, tak semua la punca dari lelaki, ada juga dari perempuan... Ini just info untuk kaum lelaki.

 

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan lelaki mandul.  Secara umumnya, ia berkisarkan sperma yang tidak cukup kuantiti, tidak aktif atau mempunyai kecacatan struktur.

Jika dilihat pada statistik, sekitar 15% pasangan suami isteri mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat.

Masalah ketidaksuburan lazimnya hanya didiagnosis sekiranya mereka telah mencuba sekurang-kurangnya setahun dengan kekerapan seks yang mencukupi dan tidak mengamalkan perancang keluarga.

Wanita kebiasaannya dipersalahkan dalam situasi sebegini walhal hampir ⅓ masalah sukar untuk mendapatkan zuriat berpunca daripada lelaki.

Artikel ini akan membincangkan serba sedikit perihal lelaki mandul. Teruskan membaca.


 

Tidak mudah untuk mengenal pasti punca lelaki mandul

Bagi meningkatkan kebarangkalian kejayaan bagi proses persenyawaan di antara sperma dan ovum, lelaki perlu mempunyai fungsi seksual yang normal. Ini maksudnya:

  • Sperma yang dihasilkan sihat dan tidak mempunyai kecacatan struktur
  • Air mani yang dihasilkan cukup untuk membawa keluar sperma ke saluran reproduktif wanita
  • Jumlah sperma perlu melebihi 15 juta bagi setiap mililiter air mani
  • Sperma berupaya untuk bergerak (berenang) dengan normal
  • Sekiranya terdapat masalah kesihatan yang boleh mengganggu fungsi organ testis untuk menghasilkan sperma yang sihat, ia boleh menjadi punca kemandulan lelaki.

    Penyakit dan situasi klinikal yang boleh menyebabkan lelaki mandul


    Jangkitan kuman 

    Sekiranya anda mengalami sebarang jangkitan yang memberi kesan kepada saluran keluar sperma (tiub uretra dan sebagainya), ia boleh mempengaruhi kesuburan.

    Proses keradangan yang berlaku boleh menyebabkan saluran tersebut tersumbat dan memberikan simptom sakit kepada penghidap.

    Ejakulasi terbalik

    Ejakulasi retrograd (terbalik) boleh menyebabkan lelaki mandul. Keadaan kesihatan ini menyebabkan air mani anda masuk ke dalam pundi kencing dan tidak keluar daripada zakar.

    Kesannya, penghidap akan mengalami orgasme kering (tanpa air mani). Ejakulasi terbalik boleh berlaku disebabkan oleh masalah kencing manis dan penyakit saraf yang lain.

    Testis tidak turun

    Dalam embriologi manusia, proses testis turun dari abdomen ke dalam kantung telur merupakan keadaan yang penting berikutan ia boleh mempengaruhi kebolehan badan untuk menghasilkan hormon testosteron.

    Mereka yang mengalami masalah kesihatan ini kebiasaannya mempunyai paras testosteron yang sangat rendah daripada normal. Jika dirawat pada peringkat awal, paras testosteron boleh kembali ke nilai normal semula.

    Varikosel

    Keadaan kesihatan di mana saluran vena pada testis membengkak. Aliran darah secara berlebihan boleh menyebabkan suhu kantung telur menjadi tidak ideal bagi proses penghasilan sperma. Ini boleh menyebabkan lelaki mandul.

    Isu seksual yang lain

    Terdapat pelbagai jenis masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi minat individu untuk melakukan hubungan seks.

    Perkara ini penting memandangkan ia boleh memberi kesan kepada kekerapan melakukan hubungan seks.

    Antaranya adalah mati pucuk, ejakulasi pramatang dan keadaan yang boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks.

     

    Faktor persekitaran dan gaya hidup turut memainkan peranan

    Walaupun penyakit kronik merupakan punca utama lelaki mandul, faktor persekitaran juga boleh mempengaruhi integriti sperma lelaki.

    Sebagai contoh, pendedahan kepada kawasan sekitar (contoh: sauna) atau meletakkan objek panas berhampiran dengan testis lelaki (menggunakan laptop di atas riba untuk satu tempoh masa yang lama) boleh mengubah suhu ideal untuk penghasilan sperma.

    Selain itu, bahan kimia juga merupakan salah satu punca mengapa seseorang itu boleh mandul.

  • Pendedahan kepada bahan kimia yang lazim digunakan dalam industri seperti benzene, toluene dan racun boleh mempengaruhi kuantiti sperma berkualiti
  • Pekerjaan yang mendedahkan lelaki terhadap sinar radiasi seperti juru imbasan x-ray dalam satu tempoh masa yang lama turut boleh menyebabkan masalah kesuburan. Risiko ia berlaku bergantung kepada faktor seperti pemakaian alatan pelindung peribadi (PPE) dan sebagainya
  • Terdedah kepada logam berat

Selain itu, gaya hidup juga boleh mempengaruhi integriti sperma secara langsung dan tidak langsung.

Jika faktor penting seperti pemakanan, senaman dan lain-lain tidak terjaga, ia boleh menyebabkan lelaki mandul melalui beberapa perkara:

  1. Kemurungan.
  2. Penggunaan alkohol secara berlebihan.
  3. Tabiat merokok.
  4. Peningkatan berat badan sehingga menyebabkan masalah obesiti.
  5. Penggunaan ubat atau suplemen seperti steroid untuk satu jangka masa yang lama.

Konklusi

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan lelaki mandul.

Oleh itu, jika anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan anak, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat kesihatan dan pemeriksaan.

Jangan mudah terpedaya dengan suplemen penambah sperma dan sebagainya yang terjual di pasaran.

Hanya ambil suplemen jika ia dibenarkan oleh doktor.

 

Psst, bagi aku...dari usia muda benda ni dah boleh dikawal...Cuma kadang ada perkara kita tak dapat elak atau tak perasan...Kan?

 

 

Info: Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Post a Comment

5 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .