Blog Nona Capai Satu Juta Pageviews Akhirnya!

Blog Nona Capai Satu Juta Pageviews Akhirnya!

Blog Nona Capai Satu Juta Pageviews Akhirnya! ||  Hai korang.. Sihat ke tu..Apa pun, Alhamdulillah, masih bernyawa. Pada hari Sabtu lepas 10 Julai 2021, blog aku dah selamat mencapai 1 Juta Pageviews.. Yahooooo! Alhamdulillah!! Lama behtul menanti tu.. 

Haritu kan aku ada war war kan bagi sesiapa dapat tangkap pageview antara satu juta sampai sejuta lima belas gitu, dan jika paling hampir akan dapat hadiah sebanyak rm88. So tahniah cik Wina empunya blog INI. Siap entri tu..Kemain! 


Masuk tahun ni adalah tahun ke 10 seorang Nona dalam dunia blogging. Start on April 2011 till now 2021 masih tak tukar link lain atau tambah blog lain. Hihi.

Kalau dulu, aku buat blog sebab saja nak luah apa je aku rasa yang terluah kat hati dan fikiran, join Giveaway atau contest. 

Bukan tu je malah aku tak mempedulikan huruf kecil atau besar, bahasa rojak, short form (singkatan ejaan), gambar atau gif bergerak gerak, highlight ayat campur warna hijau, kuning, warna warni la... Hahaaha.. Apatah lagi bab SEO bagai. 

Jom aku share beberapa entri di awal pembabitan aku dalam blog. . Kelakar betul, nak delete, sayang pulak...tapi merapu oi... Stress..kalau korang acano? 

Entri Hari Pertama Menceburi Bidang Blogging : https://www.nonasani.com/2011/04/first-day.html?m=1

Entri Hati Kacau ( Tak kisah huruf kecik besor) : https://www.nonasani.com/2011/06/hati-yg-kacau.html?m=1

Entri yang berhighlight campur campur warna: https://www.nonasani.com/2011/08/aku-ada-header-aidlfitri.html?m=1


Dalam contest, banyak jugak kemenangan yang aku dapat sebab memang gila contest.. blogwalking ke semua blog yang join contest, siap tinggl jejak lagi.

Menang Percutian ke Bangkok Village, Johor : https://www.nonasani.com/2016/02/oh-bangkok-village-ada-di-malaysiaaa.html?m=1

Menang Voucher dari Lazada : https://www.nonasani.com/2017/10/meriah-guna-voucher-rm-100-dari-lazada.html?m=1


Alhamdulillah atas semua kemenangan yang dah berlalu. Bila baca balik entri entri lama, kan....rasa nak lempang je.. ! Ayat aku memang rojak habis, macam menggedik pun iye jugak, teruk typo sekali...aneh anehhh! 

Tapi masa berganti masa, dapatlah tengok perubahan dari segi penulisan dulu dan kini. Ayat aku sekarang dah penuh, takda singkatan yang terlalu terukkkk..Hahahaha..

Lepastu, aku lebih kepada perkongsian lifestyle aku, share apa yang menarik bagi aku, maklumat terkini, barang best atau kadang kadang tips, doa untuk diamalkan. Bukan luahan merepek merapu macam dulu. Setakat sesikit lah..Kan.. And giveaway oleh blogger, masih aku join jika berkesempatan (Support session)

Actually, banyak broken link sebab terlalu banyak join contest dulu, copy paste dan gambar yang tak lagi valid dalam dunia google. Mana mampu nak edit or delete entri entri lama. Pernah buat sikit lepastu tak settle settle... Malas punya pasal, kan. 

Masa awal awal dulu, aku rajin la edit html, sekejap sekejap tukar anak panah jadi blink blink, letak background music (cari lagu pun kemain scroll bebanyak) , letak salji turun bila orang masuk blog, ehhh..  Macam macam lah.. Lepastu lelama aku buang sikit sikit, then mintak blogger Cik Sun tukarkan template, Sis Lin pun terlibat sama dalam mengubah blog setting jadi helokkk sikit... Hahaha.. Header tu pun berkurun tak tukar... Header yang sekarang pun rasanya dah dua tiga tahun...


Berbanyak banyak terima kasih kepada korang (readers+visitors) yang sudi melawat teratak picisan saya ni. Saya share apa yang saya nak orang tahu, dan mungkin perlu tahu, sebab diriku sebagai penulis pun suka simpan pengetahuan tu kat sini jugak. Taknaklah tahu sengsorang je...Ye dak?

Walaupun kadang kadang ada orang cakap aku menunjuk..Uhuk. Tapi dari sudut positif, ada yang mencari cari trusted seller untuk beberapa hal atau barang atau servis atau foods...So bergunalah aku share sini.

Terima kasih jua kepada semua yang beri saya peluang untuk bekerjasama dengan korang team JDT Blogger dan lain lain pihak. Appreciate it!

Ehhh...macam panjang je entri harini... Last, nak berkongsi tips blogging yang aku masih buat dari dulu sampai sekarang.

  • Update paling paling sehari satu entri atau seminggu empat kali minimum.
  • Blogwalking blog orang
  • Reply komen (ikut mana sempat)
  • Join Contest
  • Check Keyword popular dalam Blog dan cuba pelbagaikan masuk entri
  • Share link blog kat Whatsap Status (jarang missed, fb dah kena banned)

Semoga terus maju jaya! Semoga cepat kes Covid ni berkurang dan kurang.... Banyak aktivit luar nak dibuat untuk diabadikan dalam blog..Gitu. Kepada yang belum mencapainya, anda pasti akan sampai! Happy blogging yeah!!! 


Post a Comment

28 Comments

  1. Tahniah nona.... semoga akan terus berkarya di sini..
    Hahaha rasa2 nya kebanyakkan blogger dl mmg rajin edit html...
    letak muzik... pastu letak font bergerak2 :D

    mmg kelakar klu baca balik entry lelama...
    ayat mmg bdk2 sangat hahaha..

    pape pun semoga nona akan terus berblog ya :)

    [p/s telepas nk snap PV dia ke satu juta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha . Kan.. Mesti punyaa.. hihi.. Thank youuu sudi singgah n wish.. Sy x tahu nk buang ke tak entri lama.. hm . Amin .. Amin atas doanya ye

      Delete
  2. Alhamdulillah! Tahniah Nona 👏🏽
    Moga terus aktif berblog ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks singgah siniand wish!! Hehe..
      InshaAllah.. terus aktif

      Delete
  3. Tahniah kerana masih kekal berblog.. semoga terus berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks singgah sini and wish!! Hehe..
      InshaAllah terussss berkongsi

      Delete
  4. Tahniahh nona! Moga terus sukses bersama blog ni!
    Jangan putus asa untuk bercerita dan berkongsi.
    Tapi betul la, kalau baca entri lama lama, rasa nak lempang aje diri sendiri hahahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah jugak kepada akak NA! Berjaya screeenshot 1M pageviews!

      Delete
    2. Thanks singgah sini and wish!! Hehe..
      Amin.. InshaAllah.. Try not to give up

      Delete
  5. Tahniah! Saya pun cuba ikut tips blogging nona. 1 hari 1 artikel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks singgah sini and wish!! Hehe..
      Waw, niceeee

      Delete
  6. Alhamdulillah..yeay! Tahniah Nona. Tumpang happy jugak. Kenangan blogging dulu main hentam asal boleh je kan. Usia blog sematang usia pemiliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks singgah sini and wish!! Hehe..
      Saya suka ayat nii.. usia blog sematang usia prmiliknya..

      Delete
  7. Tahniah sudah 10 tahun dan sejuta muka surat.
    Apapun suka Nona buat ulasan tentang makanan. Takpelah blog merupakan kronologi cerita tuan punya blog. Seronok juga baca tulisan lama-lama. Oh nanti ada kesempatan akak baca pos lama Nona. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks singgah sini and wish!! Hehe..
      Kan..kronologi tn punya blog.. wow..tq sanngup baca entri lamaaaa..haha

      Delete
  8. Replies
    1. Thanks singgah sini and wish!! Hehe..
      Syukur..

      Delete
  9. Alhamdulillah. Congrats nona <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks singgah sini and wish!! Hehe..
      Alhamdulillah.. nak follow u..gituuuu

      Delete
  10. Alhamdulillah.. Tahniah Nona! Moga teeus sukses menjadi blogger berjaya. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks singgah sini and wish!! Hehe..
      Amin ya Rabb.. Wow.. berjayaaa ehh. .kemain... mcm seram plak

      Delete
  11. wahhh tahniah sis nona! Tips blogging tu pun saya amalkan jugak, alhamdulillah so far memang menjadi hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah dan wish... Hehe.. Alhamdulillah.. memang menjadik kan... itu yang best tuu

      Delete
  12. Tahniah nonaaaa… keep blogging tau. Syg blog dh bertahun2

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .