Salam Aidiladha 2021

Salam Aidiladha 2021

Salam Aidiladha 2021 || Assalamualaikum, salam Aidiladha semua umat Islam. Ada yang sambut dalam keadaan berduka, ada yang tenang tenang di rumah, ada yang bekerja mencari rezeki dan yang berjuang demi negara.. Apa pun keadaan, raya tetap tiba. Al Fatihah buat mereka yang telah pergi. 

Alhamdulillah, raya Aidiladha kalini masih bersama keluargaku sebab aku duduk dengan mereka. Cuma tak dapat jumpa nenek kat kampung Batu Pahat je. Rindu betul!

Korbankan rasa nak balik kampung nenek dek kerana SOP musim pandemik ni... Sobbbs!

Aidiladha mengisahkan tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail.. Sayu kalau hayati cerita mengenainya. Besar pengorbanan yang dilaksanakan demi mengikut perintah Allah. 

Okaylah, nah... tepek satu gambar throwback selfie dengan lembu. Ini bermakna, dah dua tahun tak bergambar dengan lembu, kerbau mahupun kambingg! Rindu jugak! Haahaa..


Korang punya raya camana. Ada yang tak masak lauk raya ke...At least sejenis? Baju raya? I memang tak pakai lah... Nikmati segala juadah yang ada sambil dengar takbir raya dan tengok mereka yang bertuah dapat melaksanakan haji musim gini... 

Moga kita semua selamat selalu dan kuat semangat untuk berjuang dalam meniti kehidupan sehari harian.  AMIN










Post a Comment

9 Comments

  1. Salam aidiladha buat nona dan keluarga! :)
    Semoga ceria selalu.
    Harini masak nasi minyak je dengan cheesekut, baju raya memang tak ada hahaha. Pakai baju harian biasa je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidiladha jua... Amin.. moga ceria selalu .. sesama lah yo.. ehh sedap menu tuuu... Teringin plak cheesekut ui

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidiladha. Rindu betul suasana raya sebelum COVID kan. Hari ni masak rendang dan pulut kuning je Nona. Baju raya pun pakai sekejap utk kenangan je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. rindu lah.. hm.. ehh.. pulut kuning . sedap tu . lama tak makan... nice menu .. Baju raya yang terrbeli tu kannn.... Ya.. janji ada kenangan gitu..

      Delete
  4. selamat hariraya maaf zahir batin ye nona

    ReplyDelete
  5. Not exclusively will nobody sort out that you made this stride, yet we'll likewise ensure that you flourish according to Get Your Assignment Done your teachers. With our help, you can present a large number of paperses of the greatest quality.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .