Jom Kunyah Bunga Cengkih!!!

Jom Kunyah Bunga Cengkih!!! || Jom! Aku sekarang dalam tempoh kuarantin kan. So segala ubat ubatan moden or tradisional, aku cuba aje.. Minum air lemon, tetap makan ubat batuk dan kahak sebab kedua duanya masih ada. 

Yes, aku makan bunga cengkih untuk surutkan batuk dan kahak. Selain daripada meminum airnya, aku gigit dan kunyah bunga cengkih macam jajan tuu..Hehee.. At first memang susah nak hadam!! But bila dah tahap terpaksa, aku tak tolak dahhh!!! Sesekai mencuba, apa salahnya..Ye takkk?

Errr, wap cengkih?  Aku tak buat lagi buat masa ni..Terbaca kat satu blog ni, tak elok sangat pun buat wap cengkih tu.. Better minum air rebusannya or makan bunga cengkih tu terus..

APA RASANYA??

Baru aku tahu, selain daripada pahit, ianya ada rasa berangin sikit, macam pedas sikit pun ada masa memula gigit dan bertukar menjadi pahit kemudiannya..Sebelum ni kalau tergigit, aku rasa pahitt je...Hahaa..Tak fokus sangat...Kalini baru rasa bebetul eh!!!! Air rebusan or rendaman dah tentu rasa pahit der....Fuh!

Hari keenam bersama si bunga cengkih. 

Info from Wikipedia Google:

Cengkih (Jawiچڠکيه) atau nama saintifiknya Syzygium aromaticum merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di ZanzibarMadagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia ini turut ditanam di MadagascarZanzibarIndia dan Sri Lanka.


Banyak khasiat bunga cengkih, antaranya: 

1. Menaikkan aroma dalam makanan.

2. Mencegah Nyamuk

3. Mengawal Rumpai

4. Merawat Batuk

5. Membantu Melancarkan Penghadaman


Sumber berserta cara caranya: https://bidadari.my/khasiat-bunga-cengkih/



So, pernah try atau ada yang mengamalkannya tak eh? I mean, penggemar setia bunga cengkih...Herba apa yang korang suka? Or korang tak minat at all....








Notakaki: Rindu Nak Masuk Kerja Oi!


10 comments:

  1. Elok juga cuba cara tradisional. Belum cuba makan secara terus.

    ReplyDelete
  2. InshaAllah beriktiar dan amalkam cara tradisional. Pernah cuba rebus untuk dapatkan terapi aroma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah... Betul tu.. Amalkam cara tradisional pula... Ohhh.. Terapi aroma eh? Ok ke tu

      Delete
  3. Semoga terus kuat Nona. Ikhtiar apa yang boleh selagi tak memudaratkan. Semoga cepat baik. Aaaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess, kena terus kuat.. Ikhtiar selagi boleh dan tak memudaratkan diri... Betul tu... Amin doanya... Nak cepat sembuhh

      Delete
  4. Mudah2an cepat bebas daripada C19 ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Amin... Semua berharap begitu... Sobbss

      Delete
  5. Moga moga cepat sembuh kak nona. Saya tak pernah try lagi bunga cengkih ni hehehe

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐