Tujuh Keadaan Ini Juga Boleh Sebabkan Hypo Atau Gula Darah Rendah selain daripada Diabetis!

Tujuh Keadaan Ini Juga Boleh Sebabkan Hypo Atau Gula Darah Rendah selain daripada Diabetis!

Tujuh Keadaan Ini Juga Boleh Sebabkan Hypo Atau Gula Darah Rendah selain daripada Diabetis! || Siapa pernah? Nona pernahhhh! Tangan menggeletar dan menggigil. Rasa pelik dengan keadaan tu sebab time tu, dah beberapa minggu berdiet. So ada portion yang dikurangkan dalam pengambilan makanan. Dalam kepala otak ingatkan darah tinggi dah sampai. Tapi rupa-rupanya darah rendah weh! Seumur hidup, tidak pernah mengalami masalah darah rendah. Since diet tu baru jadi.

Haaa..ini maknanya, aku mengalami situasi dalam point nombor tujuh tu haaa... Jom Nona share kenapa takda sakit diabetis pun tetap mengalami gejala ini?

Keadaan diabetes kadangkala boleh menyebabkan hipoglisemia atau paras gula darah menjadi terlalu rendah. Namun, ada juga ketikanya di mana seseorang itu boleh mengalami gula darah rendah tanpa diabetes.

Apakah punca yang menyebabkan hipoglisemia selain penyakit diabetes?

Hipoglisemia: Keadaan gula darah rendah dalam badan

Secara umumnya, hipoglisemia ialah satu keadaan yang berlaku apabila paras gula darah dalam badan menjadi terlalu rendah. Biasanya ia disebut sebagai hypo.

Keadaan gula darah rendah ini sering dikaitkan dengan penghidap kencing manis atau diabetes.

Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa keadaan hipoglisemia ini sebenarnya boleh juga berlaku dalam kalangan individu yang tidak menghidap diabetes.

Bagi penghidap diabetes, gula darah rendah atau hipoglisemia ini boleh berlaku sekiranya tubuh badan menghasilkan terlalu banyak insulin.

Insulin merupakan sejenis hormon yang memproses gula untuk digunakan oleh tubuh sebagai sumber tenaga.

Seseorang penghidap diabetes juga boleh mendapat hipoglisemia sekiranya dia mengambil terlalu banyak suntikan insulin.

Namun, jika anda bukanlah penghidap diabetes, hipoglisemia boleh berlaku sekiranya badan anda tidak dapat menstabilkan paras gula darah.

Ia juga boleh berlaku selepas anda makan sekiranya tubuh badan anda menghasilkan terlalu banyak insulin.

Hipoglisemia dalam kalangan bukan penghidap diabetes agak kurang berlaku berbanding daripada mereka yang menghidap diabetes.

Simptom atau tanda hipoglisemia



Setiap individu mungkin akan mengalami reaksi atau tindak balas yang berbeza jika gula darah mereka jatuh.

Namun, simptom atau tanda-tanda keadaan hipoglisemia yang biasa berlaku ialah:

  • Sakit kepala
  • Berasa keliru
  • Berasa pening
  • Berasa terlalu lapar
  • Berpeluh
  • Badan jadi menggeletar
  • Penglihatan mula menjadi kabur
  • Tidak mampu untuk fokus atau memberikan tumpuan
  • Perubahan mood atau emosi

Namun, anda juga mungkin boleh mengalami hipoglisemia tanpa sebarang simptom.

Keadaan ini dikenali sebagai ketidaksedaran hipoglisemia (hypoglicemia unawareness).

7 keadaan yang boleh sebabkan gula darah rendah

Selain penyakit diabetes, terdapat tujuh penyakit atau keadaan yang boleh menyebabkan paras gula darah menjadi terlalu rendah.

Tujuh keadaan penyebab hipoglisemia ini ialah seperti berikut:

#1. Kesan ubat-ubatan tertentu

Sekiranya anda ada mengambil ubat-ubatan pesakit diabetes lain, ia sememangnya boleh menyebabkan hipoglisemia.

Selain itu, gula darah rendah juga boleh berlaku disebabkan ubat-ubatan penyakit malaria, sesetengah jenis antibiotik dan juga ubat-ubatan penyakit pneumonia.

Sesetengah kelompok individu turut mempunyai risiko peningkatan hipoglisemia yang disebabkan oleh ubat-ubatan, antaranya ialah kanak-kanak dan individu yang mengalami kegagalan buah pinggang.

#2. Pengambilan terlalu banyak minuman beralkohol

Glukagon akan mengarahkan hati untuk menguraikan tenaga yang tersimpan. Hati kemudiannya akan melepaskan glukosa kembali ke dalam aliran darah untuk menormalkan paras gula darah. Pengambilan terlalu banyak minuman beralkohol boleh mengganggu fungsi hati.

Hati berkemungkinan tidak lagi dapat melepaskan glukosa kembali ke dalam aliran darah, yang akhirnya boleh menyebabkan hipoglisemia.

#3. Penyakit hepatitis

Hepatitis ialah satu keadaan keradangan yang menjejaskan organ hati.

Jika anda menghidap hepatitis, ia boleh menghalang organ hati daripada berfungsi seperti yang sepatutnya.

Sekiranya hati tidak dapat menghasilkan atau melepaskan glukosa yang cukup, ini boleh menyebabkan masalah yang berkaitan dengan kadar gula darah dan mencetuskan hipoglisemia.

#4. Gangguan kelenjar pituitari atau adrenal

Masalah atau gangguan yang berlaku pada kelenjar pituitari atau kelenjar adrenal juga boleh menyebabkan hipoglisemia.

Ini kerana bahagian tubuh ini boleh mempengaruhi hormon yang mengawal pengeluaran glukosa.

#5. Masalah buah pinggang

Sekiranya seseorang mempunyai masalah dengan buah pinggang mereka, ubat-ubatan yang diambil akan kekal berkumpul dalam aliran darah.

Sekiranya keadaan ini berlaku, ia dapat mengubah paras gula dalam darah dan menyebabkan gangguan hipoglisemia.

#6. Tumor pankreas

Tumor pankreas amat jarang berlaku, namun ia juga boleh menjadi antara punca gula darah rendah atau hipoglisemia.

Tumor di pankreas boleh menyebabkan pankreas menghasilkan terlalu banyak insulin.

Sekiranya tahap insulin menjadi terlalu tinggi, paras gula darah juga akan jatuh secara mendadak. Ini kemudiannya akan menyebabkan hipoglisemia.

#7. Anoreksia

Individu yang mempunyai gangguan pemakanan seperti anoreksia ini biasanya tidak makan dengan mencukupi.

Oleh itu, badan tidak menerima sumber makanan secukupnya untuk membekalkan tenaga kepada tubuh.

Kesannya, paras gula darah juga akan menjadi terlalu rendah.

Kesimpulan

Jika anda ada mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk memeriksa keadaan anda.

Ini untuk menentukan sama ada anda mengalami hipoglisemia atau tidak.

Walaupun anda bukanlah penghidap diabetes, anda juga masih berisiko untuk mengalami hipoglisemia yang mungkin berpunca daripada tujuh sebab yang dinyatakan di atas.




Sumber: Hello Doktor

Post a Comment

5 Comments

  1. kalo lewat makan or terlalu penat mmg bole kene symptom mcm ni..sy pun kadang2 kene jugak..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share dulu. Saya gigil kalau lewat makan nasi.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini..nona :)

    ReplyDelete
  4. Kena rajin2 jaga kesihatan..nice sharing.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .