Terjumpa T-shirt 'BRAVO'

Terjumpa T-shirt 'BRAVO' || Yaaaa.. bagi yang nak tahu, aku masih dalam tempoh kuarantin dek kerana dijangkiti virus Covid. Hm... Aku masih Perlukan Doa Kalian.... 

Kuarantin kat bilik sendiri dalam rumah ni je...Aku cuma tak boleh keluar dari bilik sendiri.. pergi ruang tamu bawah tu pun takleh.. So sementara banyak masa ni..aku saja tengok apa ada dalam tong yang dah lama tak dibukak tu.. Terjumpa baju masa PLKN dulu. Kat sana ada team Alpha, Bravo, Charlie dan Delta! Lol. Varian delta....Tibberr! 

So aku adalah wirawati yang tergolong dalam kumpulan Bravo. Masih segar dalam ingatan aku, ada budak lelaki ni (Indian) ditugaskan menjadi komandor dalam team kami. Suaranya je yang menjerit 'Barisss Sediaaaaa!'. Sampai satu tahap takda suara, ganti pulak dengan orang lain. Semangat lain macam bila masuk sini yer... Takut takut pun ada jugak. Hahaha.. 

Bayangkan, subuh subuh pun kena kawad pergi surau...Dah amek wudhu pun leh terkentut balik oi.. Banyakk gila kenangan!

Wirawati Nona dari team Bravo!!

 10 tahun berlalu...
I masih pegang gelaran 'Cik' tau!

Ada sesapa reader saya bekas wira atau wirawati PLKN ke? Nona PLKN Ulu Pari, Rembau, Negeri Sembilan. 
















Notakaki: Rindunya kenangan masa muda mudi dulu, seronok selalu...



 

9 comments:

  1. semoga cpt sembuh ye!

    alahai akk xsempat nk berplkn..
    zmn akk xde plkn.. hihi

    ReplyDelete
  2. Memang kenangan betul kan jumpa barang lama ni. Stay strong nona. Elok lagi Tshirtnya.

    Pssttt saya nampak pokok belimbing buluh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah.. kenangan.. ye.. elok lagi tshirtnya.. heheh.. cuma muat ngan tak jeee.. Kah. Behtul.. pokok belimbing buluh belakang rumah.. sy kuarantin kat bilik atas bahagian belakang rumah ni.. Hehe.. ada halaman sikit.. leh kuo tengok2 pokok

      Delete
  3. Saya tak dapat plkn duluuuu rasa gembira sangat hehehe. Tapi seronok dengar pengalaman orang masuk plkn ni walaupun letihhhh sebab kena kawad dan buat aktiviti macam macam hehehe.

    ReplyDelete
  4. Olahragawati sekolah adelah nona hahahaa ^_^

    ReplyDelete
  5. Pergh PLKN, saya time zaman saya, tetiba PLKN dah tak wajib kan. selalunya plkn dalam adik beradik mesti sorang kena. Kebetulan time tu akak and abang abang saya tak kena. Tinggal saya je bongsu. Fuh nasib baik tak kena. saya dah serik join kawad dan kem Kadet Pertahanan Awam. Aktiviti ini sangatlah bukan untuk saya

    ReplyDelete
  6. Ohya btw, Selamat berkuarantin! Semoga Cepat sehat okay

    ReplyDelete
  7. bila terjumpa barang-barang dulu kala automatik akan terus teringat mempri-memori manis kan

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐