Fibroid Rahim Bukan Semuanya Bahaya, Tapi Masih Perlu Dirawat, Saiz Besar Lebih 10cm Perlu Dibuang!

Rawat Fibroid Rahim Meskipun Bukan Semuanya Bahaya! || Selalu jugak dengar tentang penyakit ni. Seram tahu tak?? Sekali dah datang, agak susah nak mengawalnya..Tapi kita boleh cegah dan buang dari awal. Masalah ketumbuhan fibroid rahim bukan lagi perkara yang asing bagi para wanita, saiz ketumbuhan ini pula berbeza-beza, tidak sama untuk setiap individu.

Walau bagaimanapun, kebiasaannya, ketumbuhan ini tidak berbahaya atau bersifat kanser. Pun begitu, sesetengah kes fibroid yang bersaiz besar mungkin berisiko kepada kesihatan.

Jenis-jenis fibroid rahim

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan bukan bersifat kanser pada tisu otot rahim. Terdapat 4 jenis fibroid. 

  • Fibroid intramural, yang paling sering terjadi dalam kalangan wanita dan tumbuh di dinding rahim
  • Fibroid subserosal, tumbuh di bahagian luar dinding rahim. Apabila bertambah besar, ia boleh menyebabkan tekanan terhadap organ berdekatan atau rasa sakit kerana ukurannya
  • Fibroid submucosal, tumbuh tepat di bawah lapisan rahim dan boleh memasuki rongga rahim, menyebabkan pendarahan berat dan komplikasi lain yang lebih serius. Pun begitu, ia jarang berlaku
  • Fibroid pedunculated, boleh tumbuh sama ada di luar rahim atau di dalam rongga rahim

Antara 70 sehingga 80% wanita menghidapi ketumbuhan fibroid rahim pada saat mereka mencecah usia 50 tahun.

Malahan, anda juga mungkin cenderung untuk mengalami lebih daripada satu jenis fibroid.

Ia disebabkan oleh hormon estrogen yang cenderung merangsang pertumbuhan fibroid dalam kebanyakan kes.

Sebenarnya, semasa trimester pertama kehamilan, kira-kira satu pertiga daripada fibroid akan tumbuh membesar, tetapi kemudian ia akan mengecut selepas kelahiran.

Secara umumnya, fibroid rahim mampu mengecut selepas tamatnya fasa menopaus, tetapi terapi hormon pasca menopaus boleh menyebabkan gejalanya berterusan.

Adakah fibroid besar berbahaya?

Fibroid yang bersaiz besar dan sederhana dapat mempengaruhi organ sekitar dengan menyebabkan kawasan perut tampil lebih besar, kerap membuang air kecil, kesukaran mengosongkan pundi kencing, serta sembelit.

Ini kerana kedudukan rahim adalah sangat dekat dengan rektum dan pundi kencing, fibroid yang bersaiz sederhana sehingga besar boleh memberi tekanan terhadap organ-organ ini.

Ia sememangnya tidak berbahaya, bagaimanapun ia boleh menyebabkan gejala yang kurang menyelesakan atau menyakitkan.

Sekiranya tidak dirawat, simptom-simptom fibroid boleh menjadi lebih agresif!

Justeru, amat penting untuk merawat fibroid sejak awal agar anda dapat menjalani kehidupan yang sihat dan aktif.

Gejala-gejala fibroid seperti pendarahan berat, kencing yang kerap, sakit ketika melakukan hubungan seks, keletihan disebabkan oleh anemia, sakit pelvis, dan lain-lain boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan.

Penting untuk diingat bahawa masalah fibroid mampu mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal anda.

Sekiranya fibroid yang besar dibiarkan tidak dirawat, ia boleh tumbuh dengan lebih besar dan berpotensi untuk pecah!

Ini ukuran saiz fibroid uyang perlu dibuang

Ukuran fibroid adalah berbeza-beza, seperti:

  • Kecil (kurang daripada 1 cm sehingga 5 cm)
  • Sederhana (5 cm sehingga 10 cm)
  • Besar (10 cm atau lebih)

Para wanita dengan masalah saiz fibroid yang besar mungkin perlu melakukan imaging study untuk menilai ukurannya dan menentukan sama ada perlu melakukan pembuangan (pembedahan).

Sekiranya fibroid submucosal dijumpai di bahagian dalam rahim dan cukup besar untuk membentuk lapisan rahim, ia harus dikeluarkan untuk mengelakkan masalah pembiakan.

Selain itu, jika saiz fibroid menjadi lebih besar daripada saiz kehamilan seakan 12 sehingga 14 minggu (kira-kira ukuran limau gedang besar), risiko komplikasi semasa pembedahan, seperti kecederaan pada ureter atau pundi kencing, akan meningkat.

Jika tidak dirawat, fibroid yang sangat besar mampu merosot atau pecah, walaupun tidak menyebabkan sebarang gejala.

Fibroid besar yang berkembang pesat mungkin merupakan tanda fibroid bersifat kanser yang jarang berlaku, disebut leiomyosarcoma.

Jenis tumor ini tidak dapat dibezakan dengan fibroid tidak bersifat barah (jinak) menggunakan ultrasound, MRI, atau kajian pencitraan lain.

Walau bagaimanapun, jenis tumor ini hanya berlaku pada kurang daripada 1% fibroid rahim, dan kanser biasanya tidak terjadi daripada fibroid yang jinak.

Pilihan-pilihan rawatan

cegah kehamilan

Terdapat beberapa pilihan rawatan fibroid rahim yang boleh dilakukan:

  • Embolisasi fibroid rahim (UFE)

Menggunakan zarah-zarah kecil berukuran kristal gula yang disuntik ke dalam saluran darah yang menuju ke rahim.

Zarah-zarah tersebut akan menyekat aliran darah ke fibroid, menyebabkannya mengecut dan mati.

Selain itu, prosedur invasif minimum ini dapat dilakukan oleh ahli radiologi intervensi.

Ia tidak memerlukan sebarang pembedahan terbuka dan menawarkan kelegaan simptom dengan risiko yang lebih sedikit, kurang kesakitan, dan pemulihan yang lebih cepat berbanding prosedur pembedahan.

  • Magnetic resonance imaging (MRI)

MRI berfungsi dengan menggunakan gelombang ultrabunyi untuk memusnahkan ketumbuhan fibroid.

Gelombang diarahkan pada fibroid melalui kulit dengan bantuan pengimejan resonans magnetik.

Ablasi endometrium mampu merosakkan lapisan rahim. Prosedur ini paling sesuai untuk fibroid bersaiz kecil yang berdiameter kurang daripada 3 sentimeter.

Histerektomi adalah pembedahan untuk membuang rahim. Oleh itu, pesakit yang menjalaninya sudah tidak boleh hamil.

  • Myomectomy

Ia merupakan pilihan pembedahan untuk membuang semua jenis fibroid. Terdapat 3 pendekatan untuk melakukan myomectomy iaitu histeroskopi, laparotomi, dan laparoskopi.

Berundinglah dengan doktor mengenai pelbagai pilihan rawatan fibroid rahim agar anda faham risiko yang berkaitan dengan pembedahan, serta faedah rawatan alternatif yang sedikit invasif seperti embolisasi fibroid rahim.






Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

5 comments:

  1. Dah ada pengalaman, walau kecil pun dah sakit, so macam manalah kalau besar kann...fobia betul Sis ko...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Dalam keluarga belum ada yang ada penyakit ni. Harap dijauhkan lah..

    ReplyDelete
  3. Dulu classmate perut die buncit mcm ngandung 5bulan tapi masa tu dia tak tahu. Die ckap keturunan. Sekali cek ada fibroid nasib baik cepat buang. Kalau tak dah pecah lama sangat.

    ReplyDelete
  4. Penyakit yang menyeramkan! Kita pun risau. Semoga dijauhkan dari penyakit ni. Aaminn

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐