Happy Birthday Nenek Nona! Order Kek Pisang Timbul Untuk Nenek!

Happy Birthday Nenek Nona! || Alhamdulillah. Masih bernyawa. Masih dapat bertemu nenek tersayang... Dan sambut hari kelahiran nenek...Inilah nenek saya.. Belah emak..

Nenek Nona yang cute..

Semoga nenek Nona dipanjangkan usia..
Harap sangat nenek dapat tengok semua cucunya berkahwin..

Semoga Nenek Nona dilindungi Allah selalu, bahagia dunia akhirat, dan diperluaskan rezeki..serta segala yang baik baik buat nenek sekeluarga..

AMIN..

Meriah birthday Nenek tahun ni tau..Bunga dan belon berduit tu diberi maksu.....

and aku with family bagi surprise ni...

Kek Pisang 3D!

Sebab mak ngah aku dah bagi kek jugak, maksu pun bagi kek coklat, then kitaorang bagi kek pisang pulak lah...Hahaha.. Nenek tak minta apa apa pun, cukup kami sebagai anak dan cucu sentiasa doakan beliau, jenguk selalu, bertanya khabar je pun dah cukup membahagiakan nenek..
(Berkaca mata)

Ok, jom makan kek!

Sumpah lembut, manis secukup rasa! Tak sakit gigi, takda yang hangus dan sedap! Ehhh..macam nak order lagi lahhh!! Nyum!


Pagi, before balik kampung nenek kat Batu Pahat, aku mintak orang tu COD ke rumah..

Terbaik.. Padu lah rasanya...Tak Menyesal Order...

Hehe.. Area Pasir Gudang atau Masai, bolehlah try tau! Contact seperti info dalam gambar di atas..

NENEK DAN BUNGA BUNGANYA

Kampung nenek penuh dengan pokok bunga yang cantik cantik..Nenek rajin dan suka tanam pokok bunga...Ala, rindu semula dah ni..Kenangan bersama nenek sentiasa terpahat di hati. Dulu masa sekolah menengah, outing hujung minggu selalu balik kampung nenek je..Sebab hostel aku dengan kampung nenek dalam 15-20 minit je ... 

Teman nenek pergi rumah jiran sebelah, jiran depan rumah, pergi jemaah kat surau.....Seronok! Hmm..masa tak boleh diulang kembali... Kan... 
Sobbs!

Sayang nenek

Ya Allah, kurniakan segala kebaikan buat nenek. Nenek aku baik orangnya, kelakar, sweet dan happy go lucky orangnyaaa ... Semakin dimamah usia, aku harapkan yang sebaiknya buat nenek kesayanganku...

Terima kasih semua yang membaca dan mendoakan bersama..









Notahati: Mujur sempat balik kampung sebelum PKPB semula kat Johor.. Aduh la virus ni..bila nak hancur lebur....


6 comments:

  1. Happy birthday Nenek Nona. Moga sihat selalu,dan gembira bersama keluarga terutama cucu-cucu nenek yang comel-comel!

    ReplyDelete
  2. comelnyaaa order kek pisang timbol.. alhamdulillah semoga Nenek diberikan kesihatan berpanjangan murah rezeki dan kuat sentiasa.

    ReplyDelete
  3. Hb nenek
    Semoga dilimpahi keafiatan yang berpanjangan

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir nenek.. semoga nenek diberi kesihatan yang berpanjangan dan murah rezeki..

    ReplyDelete
  5. Sanah Helwah Nenek Nona. Semoga dalam lindungan Allah selalu.

    ReplyDelete
  6. Happy birthday nenek nona. Semoga diberikan kesihatan yang baik. Aaminnn

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐