Alami Kesan Alergi Teruk Selepas Suntikan Vaksin COVID-19? Jom Ambil Tahu!

Alami Kesan Aleri Teruk Selepas Suntikan Covid 19? || Covid 19 masih tak berhenti menyerang dunia ni. Bermulalah episod mencari vaksin bagi tujuan penyembuhan. So untuk itu, semestinya kena buat ujikaji mengenai vaksin...Kan? Inilah antara topik hangat bila menginjak ke tahun lain. 

Baru-baru ini, isu berkenaan dengan vaksin virus korona baharu hangat diperbincangkan di laman media sosial.

Pada Disember 2020, kerajaan United Kingdom (UK) telah memberikan vaksin secara berperingkat kepada rakyat mengikut kepada prioriti.

Pekerja kesihatan merupakan antara golongan awal yang menerima vaksin memandangkan mereka berada di barisan hadapan merawat wabak pandemik tersebut.

Walau bagaimanapun, kecoh juga apabila ada berita yang tersebar mengenai kesan alergi yang dialami mereka selepas menerima vaksin.

Keadaan ini memaksa kerajaan UK untuk menangguhkan pemberian vaksin kepada mereka yang mempunyai sejarah tindak balas alergi.

Setakat ini, kandungan vaksin yang menyebabkan tindak balas anafilaksis masih belum dikenal pasti.

Namun dua suspek utama adalah:

  1. Polyethylene glycol: Bahan kimia yang boleh dijumpai dalam pelbagai jenis makanan, bahan kosmetik dan ubat.
  2. Partikel nano lipid: Bahan yang menyaluti maklumat genetik RNA.

Kandungan vaksin polyethylene glycol pernah dikaitkan dengan banyak kes anafilaksis sebelum ini.

Walaupun kesan sampingan yang bakal dialami oleh mereka yang alergi boleh jadi teruk, namun penggunaan vaksin masih akan terus digalakkan oleh pakar perubatan.

Ia berikutan komplikasi serius (alergi dan bukan alergi) sangat jarang berlaku dan jika ditimbang tara, kesan baik yang boleh dinikmati pengguna jauh lebih banyak berbanding kesan buruk.

Ujian klinikal yang dijalankan oleh pengeluar vaksin tidak menunjukkan sebarang tindak balas serius yang disebabkan oleh vaksin tersebut.

Artikel berkaitan:

Meskipun begitu, terdapat segelintir pesakit yang mengalami simptom seperti sengal, demam dan kesan sampingan tidak serius lain.

Oleh sebab tindak balas anafilaksis yang dialami oleh dua pekerja Alaska berlaku beberapa minit selepas suntikan vaksin, jadi memang ia sudah disahkan berpunca daripada vaksin.

Penemuan ini membolehkan pihak berkuasa untuk menyusun protokol mengikut keperluan dan memastikan pusat suntikan mempunyai kelengkapan untuk merawat kesan sampingan jika perlu.

Kandungan vaksin virus korona punca pengguna alami kesan sampingan?

Pada tahun 2019, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menamakan ‘keraguan pengambilan vaksin’ sebagai salah satu daripada 10 ancaman kesihatan sedunia.

Antara punca kepada keraguan tersebut adalah tindak balas alergi dan kesan sampingan teruk vaksin.

Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu adalah, kebarangkalian untuk anda mengalami tindak balas tersebut tersangatlah jarang.

Malah, jika hendak dibuat perbandingan, anda lebih cenderung untuk disambar petir (1 dalam 700,000) daripada mendapat kesan sampingan teruk vaksin (1 dalam 760,000).

Sudah tentulah, peratusan risiko kelihatan tidak bermakna sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang mengalami kesan sampingan teruk.

Namun, ia tidak seharusnya menjadi sebab mengapa anda tidak mendapatkan vaksin memandangkan ia boleh mencegah penyakit yang boleh menyebabkan kesan yang lebih buruk.

virus korona baharu

Jika anda mengalami simptom seperti demam, seram sejuk, sakit otot dan pening kepala, itu bukan tanda anda alergi terhadap vaksin.

Ia merupakan petanda bahawa badan anda sedang membentuk tindak balas imun untuk melawan penyakit.

Vaksin adalah satu medium yang mengandungi maklumat penyakit (sama ada maklumat genetik, virus mati atau yang telah dilemahkan) bagi merangsang tubuh badan untuk menghasilkan antibodi.

Ia membantu badan untuk mempersiapkan sistem imun supaya apabila agen sebenar cuba memasuki badan, antibodi sudah tersedia dan ia boleh menghindarkan proses penyakit daripada berlaku.

Kesan sampingan yang boleh dialami oleh pengguna adalah demam, sakit pada kawasan yang disuntik dan kebengkakan.

Oleh sebab bahan yang digunakan untuk membuat vaksin itu bukanlah agen penyakit yang sempurna (maklumat genetik atau virus lemah), jadi suntikan vaksin tidak boleh menyebabkan penyakit.

Konklusi

Walaupun segelintir pengambil vaksin mengalami kesan alergi teruk, ia tidak mengubah fakta bahawa vaksin adalah cara terbaik untuk menghindarkan jangkitan virus korona baharu.

Apa yang pihak berkuasa perlu lakukan adalah membuat pemantauan dengan lebih agresif serta mewujudkan protokol pengambilan vaksin dan pelan tindakan sekiranya pengguna mengalami kesan alergi.

Saintis di seluruh dunia sedang giat membuat siasatan bagi mengenal pasti punca alergi untuk menambah baik fungsi vaksin.

Diharapkan pembaca akan terus peka dengan liputan semasa dan ajukan soalan kepada doktor yang bertauliah jika terdapat keraguan berkenaan dengannya.

 

Sumber : Hello Health Group




Post a Comment

5 Comments

  1. Harap2 Malaysia boleh menghasilkan vaksin sendiri kelak

    ReplyDelete
  2. serious tkot la nak try vaksin ni hmmm

    ReplyDelete
  3. Sama macam Atie, Sis pun belum bersedia nak suntik vaksin.. tapi kalau memang kena, terpaksalah...

    ReplyDelete
  4. Bagus share, kena ambil tahu dan membaca. Jujur cakap, sebenarnya macam risau juga dengan kesan vaksin ni. Belum ada keberanian lagi. huhu

    ReplyDelete
  5. Semoga dengan ada vaksin ni, bolwh membwri sinar hidup akan kembali pada asal semula

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐