Resepi Roti Canai Pizza Simple dan Sedap Menggunakan Air Fryer

Resepi Roti Canai Pizza Simple dan Sedap Menggunakan Air Fryer|| Chak! Haa..kalini nak try menu simple gini la.. Dah selalu makan roti canai telur, roti canai sarang burung,  sesekali jadikan dia perisa pizza pulak. Resepi ni Nona dapat dari Blogger Suzie. Disebabkan nampak menarik dan mudah, i try lah! Hehe..Buat makan petang ke..dinner..ok jugak...

Ianya cuma guna roti canai aje, tapi topping ala ala pizza gitu..Jadik ler roti canai pizza..Kalau tengok sekarang ni..memang ada roti pizza kat kedai..cuma yang ni, roti canai pizza..hehe..



Bahan-bahan yang diperlukan seperti di bawah


1. Roti Canai Frozen (Untuk orang Pasir Gudang atau sekitar Masai, boleh try beli di Kedai Keropok Lekor M Sani Best Enterprise Kip Mart

2. Cheddar Cheese
3. Mayonis
4. Sosej
5. Kuah Prego Tomato

Cara caranya pun senang sangat:

1. Goreng sikit permukaan roti canai agar keras sikit tapaknya bila dibakar dalam air fryer
2. Sapukan sos prego di atas roti canai
3.Potong kecil dan letak sosej di atas sapuan tersebut
4. Tuang Mayonis di atasnya.
5. Taburkan cheddar cheese di atas mayonis.
6. Masukkan dalam air fryer dengan suhu 180C, selama 15-20 minit. Tapi aku guna 15 minit aje..Ikut memasing nak sampai tahap mana bakornya...Asalkan masak...
7. Makan bersama sos. 

Untuk sos, kalau korang nak tuang sos dan bakar bersama roti canai tu pun boleh cuma aku nak makan dengan sos..so takla letak sos sekali semasa bakor tu...
Sapu Prego sebanyak mana uolz nak


Penuh dengan sosej dan mayonis!

Perghh, mantap, cheddar cheese pulak!

Masuk air fryer, dan tungguuuu settle..

Ting!

SIAP! 

Rasanyaaa? Mestilah sedappp!!!!! Macam kat piza hut kau! Kikiki..Gurau!

Tapi memang sodap! Secukup rasa, ngam! And kalau buat sekeping saja...untuk aku sorang je tak cukup weh!
HAHAHAHA...Yela, kalau makan roti canai biasa pun, mana cukup satu..kan...KAH! Cuma ni ada bahan bahan lain tu... so lebih sedap..dan cepat je kenyang..cuma benda kalau sedap, nak lagi dan lagi..Kan!


SEDAPNYAAAA! 


Padu! Sila try...Tapi kalau nak roti tebal, beli jela Pizza betul teruss..Hahahahah..Ini memang nipis ler nokkkk



Post a Comment

16 Comments

  1. nampak simple sngt..hopefully satu hari ada kekuatan nak buat ni huhuhu

    ReplyDelete
  2. Gud job nona..akk pn mkn xcukup 1..kena buat 2 keping baru puas..hehe🤣🤣😅😅

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap dan mudah je kann, nanti nak try juga laaa buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try sis... sudah tentu mudahh. mesti lagi sedap sis Lin buat.. topping pelbagai.. hehe

      Delete
  4. skrg x yah order pizza hut dsb. cukup buat sendiri. lagi puas hati n kenyang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. yup.. tapi ni guna roti canai.. so tak trbal mana.. hehe

      Delete
  5. kreatip la.. menu yg dicipta sendiri..lagi sedap bila boleh makan byk2.. puas hati :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kreatif sapa yang cipta menu ni.. Puas hatii wooo

      Delete
  6. Wahhh..inovasi roti canai. Menarik ni.Nampak sedap! Kreatif tuan punya resepi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kreatifff.. try lerrr. hehehee

      Delete
    2. Takde air fryer.guna oven or pemanggang ajaib je lah kot kalau nak cuba pun. hihi

      Delete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐