Oh, Ini Rasanya dan Khasiat Buah Bidara (Salah Satu daripada Pohon di Dalam Syurga)

Oh, Ini Rasanya dan Khasiat Buah Bidara (Salah Satu daripada Pohon di Dalam Syurga)

Oh, Ini Rupanya Rasa dan Khasiat Buah Bidara || Alhamdulillah. Syukur masih bernyawa. Masih boleh merasa makanan dan minuman. Baru-baru ni ada kenalan di tempat kerja jual buah campur sebekas berharga RM10. Dia baru hantar gambar, aku dah terliur! Haha...Apa ada di dalamnya? Ini diaaaa.. Bikin kecurr air liur sis!



Buah bidara, pelam dan jambu batu. 
Diselitkan sekali dengan limau nipis,   serbuk asam boi berserta kuah cili garam dan kicap.

Aku sebenarnya tertarik dengan buah bidara tu sebab belum pernah merasainya langsung sepanjang hidup. 

Yang aku tahu, buah bidara disebut sebagai salah satu daripada pohon di dalam syurga. Sudah tentu banyak kesitimewaan buah ni!

Sedikit pengenalan tentang pokok bidara :

Nama saintifiknya ialah Z.mauritiana. Ianya menghasilkan buah dalam tempoh tiga tahun. Buahnya berwarna hijau apabila muda, kuning jika dah masak, dan berwarna merah ketika matang sepenuhnya. 

Mengikut kajian yang dibuat, 

Daun bidara dapat membantu dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan hati seperti busung dan kanser hati.

Manakala buahnya dapat merawat masalah paru-paru, demam, penghadaman dan banyak lagi.

Bijinya juga mempunyai khasiat yang dapat merawat loya, muntah serta cirit birit.

Bunganya digunakan sebagai losyen untuk mata, kulit dan merawat cirit birit.

Dan akarnya pula boleh membantu dalam merawat gout, luka, dan sawan 

Ok, apa rasanya ek??
Mengikut Google, sepatutnya rasa masam manis..... Tapi masa aku makan haritu, buahnya tu lebih kepada rasa tawar. Takda rasa masam atau manis pun..Tertunggu-tunggu jugak, di mana rasa manis itu?
Nanti nak try beli lagi dan rasa bebetul..Hehee..
 
Tentang Bidara di dalam Al-Quran :
Sidratul Muntaha digambarkan sebagai pohon bidara yang sangat besar, dan ianya tumbuh di langit keenam sehingga langit ketujuh. Penggunaan daun bidara adalah salah satu sunnah Rasulullah S.A.W dan telah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu di dalam surah Saba, ayat 16 dan surah al-Waqia, ayat 28. 

Selain daripada itu, aku tertarik dengan info berkenaan daun bidara yang dapat merawat gangguan sihir atau jin. Ada sesapa mempunyai pengalaman berubat dengan daun bidara tak? Share ler sikit..Just nak tahu aje....

Bagaimana mengubati gangguan tersebut melalui daun bidara ini? Boleh baca info DI SINI terus. Info lain pasal bidara ni pun aku baca dari situ jugak..



Ok lah, tu je sedikit perkongsian menarik bagi seketul Nona yang pertama kali mencuba buah bidara.
Padahal berlambak orang dah makan buah ni..Huhu~ Teringat Tg Bidara kat Melaka.....Zaman study dulu ada ler singgah~








Post a Comment

6 Comments

  1. Tak pernah juga makan buah bidara. Dan tak pernah tahu buah bidara buat jeruk campur dengan buah lain. kecur airliur tengok asam asam tu ha..rasa dia tawar eh, lebih kepada rangup je lah kot ek. sebab ada rangup macam buah epal hijau tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuppp. ranguppppp. hihi.. biji dy cute je dlm tu

      Delete
  2. Lupa tentang buah bidara yang ada sebut dalam al-Quran. Terima kasih, share ye. Kadang-kadang ada jumpa yang manis, dalam 10 biji makan, satu biji ada manis. Haritu baru beli. :)

    ReplyDelete
  3. tak pernah jumpa org jual bidara jeruk mcm ni. hehe

    ReplyDelete
  4. Setahu saya buah bidara ni tawar ketika muda dan bila sudah tua atau matang, ada sedikit rasa manis. Ada sepohon bidara kami tanam depan rumah, lebat sangat buahnya. Dalam gambar tu, nampak buah bidara muda.

    ReplyDelete
  5. i love buah bidara sngt2 !! heheeh

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .