Siapa Kata Duit Tak Bawak Mati

Siapa Kata Duit Tak Bawak Mati?? || Hai, ini saja Nona nak share post dari status enam tahun lepas punya.. Mungkin ada yang sependapat, ada yang tidak. Tapi Nona suka peringatan yang diberi ni..

Gambar sekadar hiasan sebab cantik!
(Boleh ushar IG dalam gambar)

Ok, berbalik kepada topik...Siapa kata duit tak bawak mati?? Hmm..Jom kita fahamkan konsep ni semula..

Ada tiga perkara di atas bumi ini yang tidak akan putus bekalan pahalanya walaupun sesudah mati.


1. Sedekah jariah

2. Ilmu yang bermanfaat

3. Doa anak yang soleh

.

Dan ketiga-tiganya memerlukan wang untuk dilaksanakan.

1. Sedekah: Umum pun tahu, asas sedekah adalah wang. Banyak atau sedikit bukan ukuran tetapi ikhlas kerana Allah itu yang dipandang.

2. Ilmu yang Bermanfaat : Tanpa wang, di mana nak cari ilmu? Tanpa wang, bagaimana cara menyebarkan ilmu? Betul, ada yang free, tapi proses mencari dan menyebarkan ilmu tu? Everything needs money. 

Kalau tengok musim PKP nih, ada yang perlukan beberapa gadget untuk sesi pembelajaran.

3. Doa Anak Soleh : Kita sememangnya kena ajar dan wajib mendidik anak kita. Tapi tengok semula kepada proses tersebut. Proses memberi pelajaran kepada anak anak juga memerlukan wang. 

Dalam tempoh membesarkan anak anak agar sihat dan bertenaga sewaktu menuntut ilmu, ianya juga memerlukan wang. Bila bab anak dan keluarga, semestinya lebih banyak gunakan wang. 

Jadi maknanya di sini, kita kena invest lah... Untuk harta kita di dalam kubur.. Bukan bermaksud kena jadi gila duit atau mata duitan untuk kepentingan diri yang bukan bukan..Hehe..Boleh faham sikit tak?


Practically, memang tak nampak duit tu kita tanam sebelah mayat. But teoritically, duit tu membawa kehidupan yang aman di dalam kubur jika manfaatkannya ke jalan yang betul. 

Bekalan sesudah mati.. 


Sekian perkongsian.


Untuk orang Pasir Gudang/ Masai/ Seri Alam, Johor... Boleh try ushar Instagram Cinta Deco ni jika berminat bouquet duit camni..





Notakaki:Pesanan ini saya copy paste dari IG yang last active 2015 tapi diolah sedikit oleh Nona 


17 comments:

  1. Betul. Maksud sebenar penggunaan duit tukarkan kepada pahala/amal jariah yang bawa mati. Bukan duit secara fizikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. itu maksudnya.. thanks sebab faham. hehe

      Delete
  2. betul tu..duit sedekah tu pelaburan saham utk akhirat 👍

    ReplyDelete
  3. Betul Nona.. keep sharing, keep sedekah dan keep moving mencari jodoh untuk mendapatkan anak yang soleh/solehah hehehehe

    ReplyDelete
  4. betul tu, saluran kena betul dan sumbernya pun dari sumber yang berkat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa.. penting.. bab sumber yang berkat... Halal gitu

      Delete
  5. Bukan duitnya
    tetapi manfaat daripada amalan baik kita.

    ReplyDelete
  6. bab duit ni,isu yang sangat besarkan. semoga amalan nya dapat berpanjangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye... sangat besar dan memberi impak yang besar sampai ke akhirat sana...Kalau sedekah guna duit haram, lain jadiknya..kalau sedekah duit pastu menunjuk..lain jadiknya..ikhlas dengan tak pun lain kisahnya...hoho

      Delete
  7. ada org tak faham istilah sedekah itu pahala utk bekalan di sana nanti.

    ReplyDelete
  8. Betul juga tu. Asbab duit, boleh bawa manfaatnya hingga mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp.. sebabtu kita bawak ianya ke mati. hehe

      Delete
  9. betul tu, yg penting kita kena tau mana duit kita pergi kan... good sharing ni nona :)
    thank you

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐