KuTelan Kepahitan Itu: Aiskrim Dark Chocolate Kapiti

KuTelan Kepahitan Itu: Aiskrim Dark Chocolate Kapiti || Tajuk kemain aje.. KuTelan Kepahitan Ituuuu....Hahahaha..Tapi betullah!!!

Kita kena telan jugak apa pun yang berlaku dalam hidup ni, pahit manis kehidupan...Kadang kadang terlebih pahit..kadang kadang terlebih sweet...

Sebenarnya, nak cerita pasal aiskrim dark chocolate limited edition ni ha....Baru jer makan haritu.. Dan ni first time makan aiskrim berperisa dark chocolate. Selalunya aiskrim coklat yang manis manis tu aje

RM7.90 Beli kat Family Mart...

Mahal tapi rasa pahitnya tu memang terasa sangat. Tinggi betul kandungan dark chocolate di dalam nihh..Walaupun isi di dalamnya tu vanilla, tapi kulit luarnya adalah dark chocolate yang sangat pahit! Hahaha...Aku telan kan aje..sebab fikir dah bayar mahal. I suka je..tapi maybe sebab dah kenyang kot, so terasa lambat nak habis aiskrim ni masa tu..

Kalau ada sesapa nak try, bolehla cuba..tapi nak pesan awal awal..memang pahit kulit luar tu ..Cuma awak cuba sebatikan bebetul dengan aiskrim vanilla kat dalam tu semasa makan. Hehe.. 


SEKALI LAGI,
Tetap aku telan kepahitan itu...

"Weh, apa kena mengena ek?!"

HAHAHAHA


Sentiasa ingatkan diri..
Bila ada sesuatu hal yang tak ikut apa yang kita doa dan plan..

Moga ada kemanisan selepas kepahitan. AMIN




4 comments:

  1. Boleh tahan jugak harganya tu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess, sesuai dengan kepahitannya.. dan bagi peminat dark chocolate, harus mencubanya. heheheh

      Delete
  2. okay baik. Nak cuba..pahit pahit pun tetap kena telan.harga boleh tahan mahal. suka quotes bawah sekali tu :)

    ReplyDelete
  3. oh no, berapa percent dark choco yg dia guna tu?

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐