Drive Thru Coconut Shake Bukit Katil, Melaka

Drive Thru Coconut Shake Bukit Katil, Melaka

Drive Thru Coconut Shake Bukit Katil || Ini cerita throwback sebelum PKP 2.0 haritu. Aku singgah majlis perkahwinan member kat Melaka, lepastu teringin Coconut Shake. Dalam perjalanan ternampak kedai ni, terus kuterjah tanpa berlengah lagi. Malas nak ke Klebang..Asalkan Coconut Shake, aku onz ajer..

Yang best kat sini, ada sistem drive thru untuk kita buat pembelian. Haaa, betapa terujanya aku! Tak payah aku turun kereta pun...Senang hidup! Baahahaha..

Cuma cara ambil order tu ada kelainan sikit kerana mereka takda pondok atau ruang untuk ambil order customer. Kalau dilihat pada KFC atau lain lain sistem drive thru kan mesti ada tempat check point yang berbeza..siap ada speaker tu, tapi kat sini takda...Manual way okay...

Maka sewaktu aku sampai beratur di belakang kereta lain tu, mereka terus datang jalan kaki kepada aku..Kalau hujan, tak sure camana, berpayung kot nak amek order..

Jom tengok apa aku order! Hihi

Coconut Shake Gula Melaka
Bukit Katil

Ada je perisa lain, tapi ni aku order paling murah gitu..Lupa pula harga..Haha. Selain itu, aku beli kelapa pandan dan juga roti kukus bersama sangkaya. Pastu aku nampak air janda pulang...tapi tak beli sebab terasa macam dah banyak sangat nak try. Haha...

Sedapnya bila dah panas ting ting...
Sedut ni lepas kekenyangan makan nasi minyak pengantin...
Kurang sikit mengantuk lepas dah minum tu.. Barulah teruskan perjalanan kan....Huhu..

Kalau nak walk in pun boleh je..

Stesen mengambil pesanan yang telah siap diorder
atau kalau takda orang lain beratur menunggu situ, 
memang terus order kat checkpoint sini la cerita dia.. Huhu.. 

Overall, MEMANG SEDAP!
Jarang aku makan atau minum tak sedap..Kihkih...Secukup rasa, dan aku rasa nak repeat lagi kalau singgah Melaka. Menu lain pun banyak woo! Korang tengok jer Instagram dorang tu...
Ada Nasi Ayam Penyet, Nasi Arab..uiiiii.. Roti roti ala kopitiam pun adaaaa!

Mantap woo! Bagi orang Melaka, mesti tahu dah tempat ni, kan?? Sekarang dah boleh duduk 4 orang semeja, haaaa...jemput terjah! Kalau sesiapa singgah Melaka, bolehlah ke sini ye!

Alamat : Lot 5048, Jalan Wakaf Utama 7, Mukim Bukit Katil, 
Kampong Bukit Katil, Melaka, Malaysia

Whats App : 601110715530









#coconutshakegulamelaka 

#coconutshakenakmakan

Post a Comment

10 Comments

  1. Anak wak kalau lalu sini mesti ajak singgah.

    ReplyDelete
  2. Senang boleh drive thru. Tapayah turun kereta beratur bagai. Cuaca panas minum coconut shake memang best.

    ReplyDelete
  3. drive thru coconut shake, awesome ni

    ReplyDelete
  4. Saya yang duduk Melaka pun baru tahu. Ok boleh pergi nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. bolehlaaa.. drive thruu.. hehe.. Duduk melepak situ punn ok jugak.. cuma kena jaga SOP gitu..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .