Happy Chinese New Year 2021, Malaysia!

Happy Chinese New Year 2021, Malaysia!

Happy Chinese New Year 2021, Malaysia !! || Sudah tiba Tahun Baru Cina. Nampak gayanya, Covid 19 masih belum pergi. Maka tahun ni perayaan CNY 2021 pun perlu disambut dengan berhati-hati dan tidak boleh terlalu meriah. Masih terasa perayaan Aidilfitri 2020 buat pertama kali berubah sangat rutinnya. Hmm..Seperti ucapan PM dalam TV, jangan merayap, dan bolehlah buat video call untuk bertanya khabar dengan ahli keluarga yang lain. 

Raya raya ni, makan oren keluar dari peti sejuk ler...

Tadi tengok dalam kalendar, tahun 2021 ni adalah tahun lembu. Perayaaan CNY disambut oleh bangsa Chinese yang beragama Buddha. Last year aku tengok bos aku relax je time CNY sebab beliau bukan Buddha. Huhu.. 

Aku tertarik dengan beberapa adat resam dan pantang larang ketika sambutan Tahun Baru Cina.

1. Angpau Diberikan Dalam Jumlah Genap. 

Mesti elak daripada memberi dalam jumlah ganjil.

2. Elakkan Memakai Pakaian Berwarna Hitam atau Putih

Itu adalah warna berkabung, oleh sebab itu, warna lain terutamanya warna merah menjadi pilihan. Kalau tengok pada seluruh hiasan atau peralatan pada CNY, mesti nampak banyakkk warna merah, Kan?

3. Dilarang Makan Bubur

Ya, mereka tidak dibenarkan bersarapan dengan bubur kerana ianya boleh menjadikan seseorang itu jatuh miskin. So kalau datang melawat, jangan pulak bawak bubur sebagai cenderahati atau hadiah.

4. Jangan Menyapu

Mereka semestinya akan membersihkan rumah SEBELUM Hari perayaan, tetapi pada waktu dan hari CNY, mereka dilarang menyapu kerana dipercayai menghalau tuah.

5. Jangan Pinjam Duit

Ya, mesti langsaikan hutang, tetapi jangan pinjam duit!

Untuk  huraian lain, boleh singgah baca info di SINI 


Haaaa... begitulah serba sedikit topik yang aku rasa menarik tentang perayaan kaum Cina dan kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya saling menghormati budaya sesama kita. Untuk tahu tentang beberapa hidangan Cina-Malaysia yang Sesuai Untuk Perayaan Tahun Baru, boleh baca di SINI 

Apa pun, stay safe everyone!

Let wish: 

Gong Xi Fa Cai!

Ertinya :Tahniah moga mendapat lebih kekayaan / Berbahagia dan cepat kaya

Dan lagi satu wish:

Kiong Hi Fat Coi Ang Pau Na Lai!

Ertinya: Selamat Tahun Baru, Angpaunya Tolong Diberikan kepada Saya :)

Hihi....



Notahati : Bunyi mercun tetap berdentam dentum di luar tuh..Mungkin nak hiburkan hati yang ralat tak dapat berkumpul bersama keluarga atau kawan lain. 


Post a Comment

7 Comments

  1. bagi kita yg x menyambutnya boleh la bercuti n berehat di rumah. jgn merayap x tentu hala....

    ReplyDelete
  2. Gong xi fa cai! Itulah meriah mercun tak habis. Papehal, memang rindu tarian singa/naga walaupun kadang² tak tahan bingitnya....tengok kat youtube pun jadilah...

    ReplyDelete
  3. Sedap makan limau yg baru keluar dari peti sejuk .

    ReplyDelete
  4. Banyak juga pantang larang mereka. Tahun ni masih beraya ikut SOP. best tu makan limau. Dah lama pulak tak dapat limau mandarin. dapat yang manis manis tu sedapnya. Selamat bercuti Nona :)

    ReplyDelete
  5. Tahun ni pun aku tak dapat limau haihh janji angpow ada haha

    ReplyDelete
  6. huaaa habis dah holiday.. hmm rasa mcm cepat ja masa berlalu kan

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .