Positif Jumaat: Kulihat Awan

Positif Jumaat: Kulihat Awan

Kulihat Awan || Alhamdulillah masih bernyawa. Pada waktu ini, mungkin ada yang sedang gembira..menikmati kelahiran baru dalam family, kejayaan dalam sesuatu perkara, atau mencapai misi hidup.

Namun begitu, mungkin juga ada yang sedang berduka dengan masalah masing masing dan mungkin ada yang sedang dalam keadaan keliru, berdebar, marah atau bermacam macam lagi kesedihan mahupun ketakutan.

Jika sedang bersedih, apa yang korang selalu buat selain daripada bersujud dan bercakap dengan Pencipta kita sambil menangis meminta pertolongan? 

Untuk Nona, kulihat awan..

Ye..Nona suka tengok awan. Mesti ramai jugak yang suka tengok awan...Kan? Lebih lebih lagi jika awan di siang hari, tambahan best bila cuaca cerah.

Sini nak belanja sikit beberapa gambar awan Nona amek di sekitar tempat tinggal Nona.

Psstt......Kenapa awan ek?

Subhanallah!!

Bila Nona tengok awan yang berarak, hati mula sedikit tenang. Hmm.. Tiba-tiba bertenang ke acano?? Haha..Tak jugak..Kena duduk diam dan perhatikan awan berarak.

   Tenung warna awan yang cantik, barulah sejuk sikit hati..

A W A N

Apa pun cuaca, kadang kadang berubah nak hujan, atau bertukar malam... si awan tetap berarak..

Begitulah kehidupan...Tetap bergerak, tetap kita lalui walaupun hal itu mendatangkan kesedihan, kemarahan, kekecewaan, atau apa pun yang berlaku yang tidak sesuai dengan keinginan kita... 

Ye, apa pun cuaca pada hari tersebut...awan tu tetap bergerak...sebab aturannya macamtu..sampailah tiba masanya untuk berhenti...

Jika belum tiba masa untuk kita berhenti, maka janganlah kita mengalah dengan keadaan yang memedihkan itu..

Berehat seketika, tapi jangan berhenti. Kuatkan semangat sehabis baik...Dan bergerak mengatur semula kehidupan..

Biru yang mendamaikan..
Ciptaan Allah yang maha Hebat!

Begitu indah Allah ciptakan awan, berkuasa menahannya tak jatuh ke bumi, begitulah kehidupan...Allah berkuasa menjaga setiap satu hal kita di dunia dan akhirat.. 

Siapa aku untuk melawan takdir-Nya?
Kenapa perlu aku persoalkan berkali kali jika Allah sendiri berkehendak...Hm..Hmm..

Kemudian.... tarik nafas.
Seterusnya... selawat dan berzikir terus.
Lepastu... berdoa agar Allah permudahkan..

Amin..

Lama kutenung bagai berarak bersama awan tersebut..

Akan ada masa kita down balik, dan berulang kali maka kembali buat camni..hihi...Duduk melihat awan..
Inilah tempat jogging tu..Cantik, kan?
Sambil jogging, sambil nikmati ciptaan Allah yang mempesonakan..



Jadi..pada harini, sudahkah anda menikmati keindahan awan?





Post a Comment

4 Comments

  1. Tengok awan mcm ni..terapi mata nona :)

    ReplyDelete
  2. Cantiknya awan kepul kepul bersama langit yang biru. Lama tak keluar tengok view yang cantik ni. Seronok jogging macam ni Nona :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .