Tahniah Semua Pemenang Anugerah Juara Lagu 35

Tahniah Semua Pemenang Anugerah Juara Lagu 35

Tahniah Semua Pemenang Anugerah Juara Lagu 35 || Hai, laju tangan nak update tau! Selalunya aku jarang update pasal ni kalau aku tak minat lagu yang menjadi juara tapi this year aku puas hati!! Hahaha..Anugerah Juara Lagu 35 akhirnya melabuhkan tirainya.

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Juara Lagu yang ke 35...Siarang Langsung bersiaran dalam keadaan mengikut SOP. 

Penyanyi lain pun sedap suara. Memasing ada kekuatan dan cara tersendiri dalam menyampaikan lagu mereka. Dalam hal ni, aku percaya, ianya juga bergantung kepada rezeki..

(Tak akan komen pasal kes suara Nabila Razali)

Berbalik kepada kisah juara, maybe sebab masa lagu 'Gila' dinyanyikan, terasa seram bila tengok mimik muka campur gabungan suara mereka yang gila memalam..Hihi..

Ada yang minat, ada yang tak..Betul tak...Apa pun, aku berpuas hati dengan keputusan juri semua. Kecuali yang Zizi Kirana menang persembahan terbaik tu, aku tak sangka.. Sebab aku target lain. 

Rezeki dia kan.... Ok je persembahan dia..Meriah dengan props jugak.. 

So inilah pemenangnya yang memang disangka sangka dalam jangkaanku..

Pemenang Tempat Pertama

Gila - Kaka Azraff, Loca B dan Ikhwan Lee (Noki)

Pemenang Tempat Kedua

Semalam - Aina Abdul

Pemenang Tempat Ketiga

Belenggu Rindu - Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.


Vokal Terbaik

Gundah - Ernie Zakri

Persembahan Terbaik

Eh - Zizi Kirana

Ya, aku suka lirik dia...
'Jiwanya Terkurung......'

Dapat rasa seram dengan mimik muka, gaya dan gabungan suara dorang nyanyi lagu ni..

Aku target lagu ni, lagu Gundah atau lagu 7 Nasihat, yang menjadi juara tapi lagu 7 nasihat macam tak berapa kick pulak masa persembahan tuh..

Oh ya, kudos to Ezra Kong! Lagunya banyak menang...And he still humble. Fuh!


Ramai dah tahu suara Aina Abdul sedap woo...
Memang makanan dia la lagu tinggi tinggi...
.
Hehe.. I like... Tapi vokal terbaik tetap kupilih Ernie Zakri untuk malam persembahan AJL 35 kalini.... Sebab ada part Ernie tarik suara, memang panjang dan sedap lenggoknya.. Terpegun kejap! Hahaa.. 

Gabungan legend dengan artis masa kini memang meletop! Aku suka persembahan dan lontaran suara dorang pada malam persembahan ni..

Dan.... Aku suka warna baju yang mereka guna nih weh....Cantik Wany dan comel Dato Jamal! Kih kih..


Tahniah juga kepada 12 orang finalis yang bertanding pada malam Anugerah Juara Lagu 35. 

HATI – HAEL HUSAINI (HAEL HUSAINI & EZRA KONG)

7 NASIHAT – SHIHA ZIKIR, KMY KMO & LUCA SICKTA (KMY KMO & LUCA SICKTA)

BELENGGU RINDU – WANY HASRITA & DATUK JAMAL ABDILLAH (HAEL HUSAINI & EZRA KONG)

SEMALAM – AINA ABDUL (AINA ABDUL)

PELUANG KEDUA – HAEL HUSAINI (HAEL HUSAINI & MFMF.)

HUTANG – FLOOR 88 (ZAI HAMZAH / ACHOI FLOOR 88)

KAU SAKITI – AMIR MASDI (FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, EZRA KONG, ROMEO & MAGE)

GUNDAH – ERNIE ZAKRI (ERNIE ZAKRI & SHARON PAUL)

AKU BIDADARI SYURGAMU – AISHAH (IPPO HAFIZ / SITI ROSMIZAH)

GILA – KAKA AZRAFF, NOKI & TUJU (NOKI, LOCA B & EZRA KONG)

JANGAN KHIANATI AKU – AZLAN & THE TYPEWRITER (DARK)

EH – ZIZI KIRANA (NAVIGATOR & ZIZI KIRANA / MAMBANG & ZIZI KIRANA)


Fuh...Susah jugak nak ramal at the first bila semua sedap suaranya..Errrr, diulang...tak nak lah sebut pasal Nabila Razali..Kita tak komen tau pasal tu..Huhi..



So, artis dan lagu pilihan uolz, menang tak?? Hihi..Saja tanya.. Aku ternanti nanti AJL kalini sebab nak tengok bagaimana SOP yang ditampilkan semasa buat persembahan sebab kita masih dalam musim pandemik ni... Nampak semua ok.. Walaupun ada ternampak penari tak pakai mask tapi jarak antara mereka tidaklah terlalu dekat. Huhu.. Enjoy sambil dengar lagu, sambil berblog gituh! Sekali lagi, tahniah semuaaaaa! 


Post a Comment

5 Comments

  1. 2018: Jampi
    2019: Haram
    2020: Sumpah
    2021: Gila

    wak dh lama x tonton AJL ., huhuhu

    ReplyDelete
  2. semlm layan gak....
    dah sampai penyanyi last tu...
    tetiba mata terlelap..
    hahah sudah nya mmg x tgk la smp abs..

    pagi ni abam ABIN terus ckp juara AJL sape yg menang..
    tapi k ret x igt sangat nama yg jadi juara tu, bila gugel tgl gmbr ,oooo dia ni ke yg menang haha

    ReplyDelete
  3. tahniah untuk pemenang. Rezeki masing-masing :)

    ReplyDelete
  4. Boleh GILA menunggu keputusan dan ternyata GILA juga menang jahahaha

    ReplyDelete
  5. lagu smuaaaaa best best this time

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .