Bersalin di Dunia, Berpantang Di Syurga

Bersalin di Dunia, Berpantang Di Syurga || Baru harini ada kekuatan nak menulis pasal ni. Semalam cuba elakkan dari membaca pasal pemergian arwah Siti Sarah tapi bukak semua media sosial, dari Instagram, Facebook, Televisyen, Reading List Blog pun banyak cerita pasal pemergian Siti Sarah ni. Menangis la jugak tiap kali terbaca, terdengar dan tertengok semua posting pasal arwah..Masa Shuib LIVE pun lagi terasa pedih dan sedih.. 

Jujur, memang ramai 'pergi' meninggal time bersalin atau selepas bersalin dek kerana Covid 19. Cuma selalunya aku akan skip cerita tu. Aku takkan bukak dan baca sebab aku risau aku jadi terlalu sedih or paranoid. Tapiii pasal arwah Siti Sarah ni, aku memang sentiasa update perkembangan sebab memang follow kisah dorang ni ha.. 

Betullah, kematian yang menghidupkan. Apa pun kematian, bagi aku.. memang menghidupkan.. Lagi lagi kalau ikut hantar sampai ke tanah perkuburan.. Rasa macam insaffff sangat sangat time tu . Rasa tak nak dah buat jahat... bila tengok jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad. Tapi dah namanya manusia, ada aje silapnya. Hmm..

Sedih sangat bila fikir lepasni rumah mereka dah takda orang nak gelak besar macam selalu, pandang mana mana pun nampak kelibat arwah, terngiang ngiang suara, nasihat dan bau orang masak kat dapur. Anaknya baru lahir tu pun tak sempat jumpa maknya yang menjaganya sepanjang di dalam perut. 

Senang cakap, 'KOYAK' .. Tapi inilah yang TERPAKSA DITERIMA. Redha dan mohon pertolongan Allah untuk hadapi semua. Tak mudah weh...Sedihhhhh sangat sangat! 

Al Fatihah buatnya...
Bidadari Shuib Sepahtu


Syahid buat semua ibu ibu yang meninggal kerana berjuang melahirkan anak, dan dalam melawan wabak Covid 19. Allahuakbar! 

Bagilah pesanan kepada mereka yang anda kenal, kalau larat, ambil wudhu dulu sebelum masuk ICU... Bagus teladan ni.. 

Semoga semua yang telah pergi kerana Covid 19 ni diampunkan segala dosanya semasa hayatnya dan diperluas tempatnya di 'alam sana'. Amin.

Moga tabah setabahnya kehilangan insan tersayang.
Tak mudah, susah sangat tapi cuba agar tidak terlalu meratapi berpanjangan. 

Al Fatihah (Dibaca)!











Notahati: Berdebar debar hatiku ini..........


13 comments:

  1. Allahuakbar. Satu per satu kebaikan Siti Sarah ni ditunjukkan. Semoga syurga tempat Siti Sarah.

    Takzaih buat keluarga arwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... Ye.. satu persatu kebaikan ditunjukkan.... Allahuakbar...

      Delete
  2. Hmmm tak kuat nak baca semua 😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Behtul... yang baca dari jauh ni pun tak kuat... apatah lagi yang terlalu dekat dengannya . mesti lagii tak kuat.. Kan...

      Delete
  3. Moga pengakhiran kita juga dalam keadaan baik-baik juga kan Non..

    ReplyDelete
  4. Akak pun terfikir-fikir pasal kematian. Bagaimana kesudahannya.

    ReplyDelete
  5. Setiap kali terbaca pasal siti sarah ni, selalu rasa sedih.
    Terfikir, macam mana pulak pengakhiran kisah hidup kita kan nona.

    ReplyDelete
  6. Betul tu. Kematian yang menghidupkan jiwa semua orang.
    Al fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐