Try Yoghurt Series Keluaran Bubblebee Shuib Sepahtu

Try Yoghurt Series Keluaran Bubblebee Shuib Sepahtu || Hai! all! Alhamdulillah, masih bernyawa harini.. Nak cerita pasal dessert terbaru dari Bubblebee Shuib Sepahtu ni. Hehe.. Aku dah pernah rasa beberapa air keluaran dorang masa Pertama Kali Try Bubblebee Shuib Sepahtu dulu. 

Time lalu depan kedai Bubblebee, mesti teringat Shuib dan arwah Siti Sarah. Al Fatihah dibaca buat arwah yang baru je meninggal dunia dek kerana Covid 19 pada bulan ni. Hm. 

Ok berbalik cerita pasal menu terbaru dorang.  Apa tu?? Haaaa..ini dia.. Yoghurt Series! Aku order Golden Diamond Mango Honey Yoghurt. Gambar ni diambil setelah tersenget senget aku bawak masuk dalam kereta, jadiklah gini. Hahahahaha... 


Apa yang menarik dengan yogurt series ni? Mereka siapkan aiskrim yoghurt pelbagai perisa dicampurkan dengan pop corn, dan pearl (boba) gitu! Tahu tak pearl apa ada sekali dalamtu? It is Kurma Pearl okayh..Hehe..

Bila aku yang tak berapa minat yogurt, tapi try jugak gaul semua bahan bahan dalam tu, haaa..ngap! Fuh..fuhhh.. masih dapat diterima tekakku. Takdalah terlalu masam pun.. Sedap sebab terasa manis manis pop corn and honey gitu...

Nice combination bagi aku..Cuma lepasni taknak manggo..Nak perisa coklat pulak..Tekak aku more to coklat rasanya. Tak berapa ngam dengan manggo. Peminat buah mangga mesti suka je perasa ni..Confirm! 

Aku beli tengahari buat lunch. Kenyang behtul.Tak makan nasi dan lauk lain pun. Puas hati ler makan sorang. 

Err... aku nak remind awal awal ye. Memang ada lima perisa berbeza, tapi cuma satu perisa je, yang aku beli ni ler....ada dimasukkan kepingan madu (Golden Diamond Honey Yoghurt : RM16.90- Paling tinggi price dalam yogurt series).

Yang lain lain takda diselitkan kepingan madu, kalau nak kepingan madu jugak, kenalah add on kepingan madu ye..Harganya dalam rm6+ masa aku tanya haritu. Huhu..

Can you see the pop corn? 
Crunchy wooo! Aku tetiba rindu nak tengok wayang weh bila kunyah pop corn tu! Kah!

CLOSE UP!

Yaaa..nampak tak..yang Golden tu je ada kepingan madu. For lelain perisa, korang kena add on madu tau..

Harga berbeza beza antara yang dah siap ada sekeping madu dengan yang takda...Agituhhh! Yang penting, pop corn dan kurma pearl tu memang onz! I suka!!

Aku beli tiga jenis air, so dapatlah free satu air. Yess, for now kalau beli tiga air, customer akan dapat percuma satu..Kita diberi pilihan, sama ada nak aiskrim atau air bubblebee. Hoho..  


Pssttt, ada yang dah try ke? Share sikit! Hihi.. 












Notakaki: Berdebarnya nak cucuk vaksin kali kedua nanti......



25 comments:

  1. sblum ni pernh bli yg ice cream punya..nanti bole try yg yogirt ni plak

    ReplyDelete
  2. Ada kepingan madu, pop corn tentu sedap, tergoda pula..

    ReplyDelete
  3. Aduh, tempting betul! Saya tak pernah merasa lagi apa apa menu bubblebee. Ini yang membuak buak rasa nak cuba.

    ReplyDelete
  4. Aduhaiii..bilakah dapat merasa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhh... Better ceoat, takut limited edition.. hehehe

      Delete
  5. alamak x minat yogurt ehehhe...
    so maybe takkan cuba la kan...
    kang buat rugi je beli tp x abis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better jangan... tapi kalau Uyum berkenan, ok la.. ahhahaa.. Saya pun x minat yogurt... tapi kalau dicampur bahan lain... coklat ke... rasanya macam dapat diterima lagi... original yogurt.. i kenott.. haha

      Delete
  6. kena try ni! nmpk sedap betol..
    tp mls tu la nk beratur.. rmai sgt org nk beli.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, skrg masih ramai... sabo jela haritu.. grab food ada jugak mmce try carik. huhu

      Delete
  7. Yogurt? Ice cream je la kita cuba. Tpi gambar tempting betul laa. urgh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. Of courseee tempting gituuuuu 😍🤗

      Delete
  8. Tak pernah rasa lagiiii. Tengok poster makanannya, memang kecur air liur!

    ReplyDelete
  9. Nengok fotonya menggoda selera. He he ...

    ReplyDelete
  10. OMG, terliuuuur melihatnya kak :D. Sedihlaaah tak bisa coba yoghurt nih :D. Sayapun tak terlalu suka kalo yoghurt yg masam sangat. Tp kalo ada kombinasi rasa manisnya, baru best

    ReplyDelete
  11. ohno.. cida baru order aiskrimnya.. haritu order dgn grabfood, yang golden unavailable. maybe walk in ada lah tu

    ReplyDelete
  12. Kat perlis tak ada cawangan bubble bee . So memang tak pernah rasa aiskrim bubble bee. Tengok pun dah nampak sedap . Apatah lagi dapat rasa kan

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐