Enam Petanda Amaran Badan Penuh Cacing! Cepat Cepat Buat Deworm!

Enam Petanda Amaran Badan Penuh Cacing! Cepat Cepat Buat Deworm! || Haaa, sedar tak sedar, pernah cek atau tak, badan dah penuh dengan cacing? Phew! Masa kecik kecik dulu kita semua mungkin pernah ambil ubat cacing, kan. untuk elak ia hidup bebas dalam tubuh badan

Ha, jangan pandang remeh isu kecacingan ni tau!

Ubat cacing

Korang tahu tak, masalah kecacingan akan berlaku apabila terdapat terlalu banyak cacing di dalam tubuh badan sampai menjejaskan kesihatan!

Ia biasanya terjadi apabila individu cenderung untuk tidak mengamalkan kebersihan yang baik terutamanya dari aspek kebersihan makanan dan minuman yang diambil. Ishh, ish, ishhhh!

Bila cacing tu dah ada dalam badan kita, zat badan akan berkurangan akibat parasit yang membiak dan menjejaskan proses pencernaan seseorang.

Amaran Badan Penuh Cacing

Sekiranya korang ada petanda amaran seperti di bawah, itu maknanya dah tiba masanya kena ambil ubat cacing.

1. Wujudnya cacing pada najis 

2. Hilang selera makan.

3. Lapar lepas makan.

4. Berat badan menurun dengan mendadak.

5. Kerap rasa gatal pada lubang dubur

6. Badan timbul ruam

Sebenarnya, pakar menyarankan untuk ia diambil sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan untuk mengelakkan petanda amaran di atas tadi.

Bagaimana cacing memasuki perut??

Apabila seseorang individu mempunyai hubungan dengan faktor-faktor yang telah tercemar seperti meminum air yang telah tercemar, cacing ini akan bergerak ke bahagian usus dan memasukinya.

Cacing-cacing ini kemudiannya membiak dan membesar di dalam usus oi. Apabila saiz dan jumlahnya semakin meningkat dan bertambah, simptom kecacingan akan mula muncul.

So, bertindaklah segera ye. Jangan tunggu sehingga najis si anak dipenuhi dengan cacing-cacing yang berkeliaran. Mesti menggelikan! 


Info dari Hello Health Group, tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan




Post a Comment

7 Comments

  1. Ala, patut dah ambil ubat cacing bulan Jun lepas

    ReplyDelete
  2. berat x turun & x naik...emmm. he he he..btw, good sharing!

    ReplyDelete
  3. baru tahu ni. Haa, nak kena amek ubat cacing la ni.

    ReplyDelete
  4. last saya makan ubat cacing adalah puluhan tahun lepas

    ReplyDelete
  5. Maknanya orang dewasa pun kena ambil ubat cacing. bukan masa kecik je kan.

    ReplyDelete
  6. berat makin bertambah ni, so mama xde cacing la kan hik hik

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐