Jom Baiki Masalah Kulit Muka Kendur dan Double Chin dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum

Jom Baiki Masalah Kulit Kendur dan Double Chin dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum  ||  Hai korang, ada sesiapa mempunyai masalah double chin atau kulit kendur di bawah dagu? Sama ler saya! Haha.. Tahu sebab apa terjadinya double chin ni? Antaranya ialah disebabkan kegemukan yang melanda diri dan kulit yang kurang keanjalannya. Serious, Nona pernah nampak orang tu badannya kurus je tapi ada jugak double chin weh! Ini bermakna, keanjalan pada kulitnya telah berkurang sedikit demi sedikit! 

Actually bila kita semakin berusia, penghasilan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan tau! So kulit pun jadi kendur di bahagian muka, bawah dagu, dan leher. Fuhhhh! Jomlah cari cara untuk kurangkan kekenduran kulit muka dan kekal berseri seri!

SAFI

Yaaa, inilah one of my trusted brand yang Nona guna zaman baru mengenali skincare masa sekolah menengah. SAFI! Safi merupakan brand halal yang terdapat di Malaysia, Mereka sentiasa memperkenalkan teknologi baharu yang sah berdasarkan klinikal dan saintifik untuk meningkatkan dan menjaga imej company. 

Terkini Safi mengeluarkan rangkaian baharu anti penuaan dan menganjal (anti aging dan lifting skincare) di mana ia dapat mengurangkan isu tentang penuaan seperti double chin atau kulit kendur yang boleh menyebabkan wanita berubah menjadi kurang keyakinan diri!

Safi Youth Gold dengan formulasi yang dipertingkatkan daripada Safi Rania Gold. Kiranya lebih upgrade gitu! Cantik packagingnya, berbaloi dengan harga.

skincare

Dua rangkaian baru: Lifting Golden C Duo Serum dan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser! 

Kelebihan kelebihan yang dimiliki:

  1. Membantu mengurangkan *50% double chin sepantas 15 minit ajer! Fuhyoooo! 
  2. Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift iaitu vitamin C yang diperkuatkan dengan Nano Emas 24K agar lebih berkesan
  3. Merawat secara Mikro dan Mengurangkan Tanda Penuaan seperti Dagu Berlapis dan Kulit Kendur
  4. Tampil Lebih Muda dengan Wajah Lebih Anjal, Runcing dan Tirus
  5. Ringan, Pantas Meresap, Tidak Melekit dan Selesa pada Kulit
  6. Kaya dengan Duo Age-Correcting Actives iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 3 untuk '7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit' yang boleh:

  • Menegangkan kulit, 
  • Meningatkan keanjalan, 
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Melindungi kulit dari pengoksidaan, 
  • Meningkatkan kehalusan kulit  
  • Memperbaiki kulit rosak.
*Berdasarkan ujian klinikal dan saintifik*


Isi kandungan yang utama di dalam rangkaian Safi Youth Gold:

1. Golden C - Merupakan bahan antioksidan yang boleh melindungi kulit daripada sebarang bahan pencemar mikro dan membaiki struktur kulit

2. Nano Gold 24K- Kembali Menganjalkan Kulit dan Membaik Pulih Struktur Kulit agar kekal anjal dan runcing.

3. Ceramide 3- Menguatkan Lapisan Kulit agar Kekal Kelembapan, Menyerlahlan dan Mencerahkan Kulit Muka

Skincare

Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum

skincare

30mL - RM59

Teksturnya tidak melekit! Barulah selesa sapu pada muka.

Cara Penggunaan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum

1. Titiskan Dua atau Tiga titisan ke atas muka atau tapak tangan dan urut dengan lembut pada muka sehingga meresap sepenuhnya.

2. Untuk kesan lebih baik, guna selepas mencuci muka dengan cleaner, toning, dan sebelum menyapu moisturizer.

SAFI

Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser

cleanser

150mL - RM19.80

Cara Penggunaan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser

1. Sapu pada muka yang basah.

2. Urut secara lembut.

3. Cuci menggunakan air.


Feedback Nona selepas menggunakannya:

Kulit terasa lembut, cerah, selesa dan tak melekit! Terus confident keluar rumah selepas dah guna kedua-duanya. Bab dagu runcing, tak berapa nampak pada kulit bawah dagu saya ni, maybe sebab kulit masih kekenduran. Kena pakai selalu untuk nampak kesan yang lebih berpanjangan. Gituh! 

Bau cleanser yang wangi membuat si pemakai terasa nak gigit gigit jer! Bak kata adik Nona, bau cleanser tu sedap dan wangi ui! 

Nona suka tekstur kedua-duanya, tak gatal dan tak pedih pun.

SKINCARE

Best jugak rangkaian terbaru ni kan! Rangkaian baharu anti penuaan dan menganjal Safi Youth Gold ini ternyata dapat menganjal dan mengurangkan dagu berlapis agar wajah kelihatan lebih anjal, runcing dan tirus!  *Reminder: Berdasarkan kajiaan secara klinikal dan saintifik*

Pssst! Nampak menarik? Nak try jugak? 

Jom dapatkannya di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada

Lifting Golden C Duo Serum - https://bit.ly/3izM0fm
Lifting 24K Serum Cleanser - https://bit.ly/3FpssEj



Butiran lanjut dan update terkini juga sebarang promosi korang boleh sahaja dapatkannya di :

Instagram - @safimalaysia 
Facebook - @SAFI.My 
Twitter    - @SAFImalaysia 
Youtube  – SAFI Malaysia

#SafiYouthGold #SafiMalaysia #SkincareMalaysia





Post a Comment

5 Comments

  1. Terasa mahal terus muka ni bila dimanjakan dengan gold 24k. Macam tak percaya pulak produk ni harga dia murah dari produk lain. Serum 24k gold tu.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐