Kurus Dengan Makan Mentega Kacang?? Jom Ikut Tiga Cara Ni Kalau Nak Berkesan!

Kurus Dengan Makan Mentega Kacang?? Jom Ikut Tiga Cara Ni Kalau Nak Berkesan!

Kurus Dengan Makan Mentega Kacang?? Jom Ikut Tiga Cara Ni Kalau Nak Berkesan! || Alhamdulillah, masih bernyawa. Ok, topik harini bagi aku agak menarik sebab aku pernah berjaya turunkan berat badan dengan cara makan mentega kacang bersama-sama roti wholemeal weh!  In English, mentega kacang ialah peanut butter. Kadang-kadang pilih jenis creamy, di mana kacangnya lebih hancur tapi sometimes pilih jenis crunchy, saja nak gigit gigit gituh.

Mentega Kacang

Kalau korang, suka makan mentega kacang tak?? Dulu aku kurang minat terhadap peanut sebab aku fikir jerawat manjang, tapi sejak pernah berazam nak kurus masa 2018-2019 tu, tetiba berubah selera, aku boleh terima sebaiknya mentega kacang! Macam macam brand aku dah try untuk mengelakkan bosan tapi tetap pilih yang membantu dalam pengurangan berat badan ler. Tengok column nutrient, perhatikan kandungan di dalamnya. Jangan pilih yang ada banyak bahan tambahan tau!

Setuju sangat dengan tajuk entri kalini, memang bagus sangat makan mentega kacang namun jangan terlebih-lebih sampaikan tak seimbang diet, risau jadi macam aku, tetiba kandungan darah dalam badan menurun dan rendah!!

Jom ketahui lebih lanjut tentang mentega kacang!

1. Mentega kacang mempunyai banyak nutrien.

2 sudu kecil (32 gram) peanut butter mungkin akan menyajikan anda dengan kira-kira:

  • Kalori: 188
  • Lemak: 19 gram
  • Protein: 8 gram
  • Karbohidrat: 7 gram
  • Serat: 3 gram

Selain itu, ia juga adalah sangat tinggi dengan mineral dan vitamin seperti mangan, magnesium, potasium, fosforus serta variasi jenis vitamin: B3, B6, B9 dan E.

Ini sekali gus menjadikannya sebagai antara makanan yang penting dalam diet anda, namun mentega ini turut mendatangkan tanda tanya terhadap kaitannya dengan pengawalan berat badan individu.

peanut butter



Bagaimana ia boleh bantu kawal berat badan?

Menurut International Tree Nut Council Nutrition Research and Education Foundation, peanut butter adalah salah satu makanan yang bagus untuk kurus.

Ini kerana kekacang adalah antara makanan yang tinggi dengan lemak tidak tepu tunggal dan ia adalah salah satu faktor untuk individu hilang berat badan.

Kajian selama 8 tahun melibatkan lebih 50,000 individu yang kerap ambil mentega kacang membuktikan bahawa risiko berat badan meningkat dapat dikawal dengan diet ini!

SETUJU LAHH!

#1. Kenyang Lebih Lama

Asalkan malam je, perut berlagu-lagu..

Dengan itu, mentega ini adalah pilihan yang terbaik sebagai snek kerana ia tinggi dengan kalori dan nutrien yang boleh buat anda kenyang lebih lama.

#2Ia mampu bantu tindak balas glisemik anda

Sebenarnya, anda tidak boleh risau dengan protein dan lemak sahaja kerana apa yang mungkin boleh jadi punca anda gemuk adalah gula dan karbohidrat.

Ini kerana kedua-duanya mungkin boleh menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat yang kemudiannya akan jadi faktor risiko diabetes serta obesiti.

Kajian pada tahun 2018 menyatakan bahawa mentega ini mengandungi indeks glisemik yang rendah lantas boleh membantu membaiki tindak balasnya.

#3. Bantu Mengekalkan Berat Badan.

Meskipun mentega ini mengandungi kalori, karbohidrat, lemak, protein dan lain-lain, namun tiada kajian yang menyatakan ia akan menambahkan berat badan.

Sebaliknya, pelbagai kajian telah menyimpulkan bahawa diet yang tinggi dengan kekacang mampu bantu dalam usaha anda untuk mengekalkan berat badan ideal.

 Konklusinya, mentega kacang memang mungkin mampu bantu usaha kita untuk menurunkan berat badan ekoran manfaatnya seperti tertulis di atas tadi.

Selain itu juga, ia turut mungkin mampu menurunkan pelbagai risiko penyakit termasuklah obesiti, diabetes, kanser serta penyakit berkaitan organ lain.

Disebabkan itu, anda harus mengubah persepsi anda mengenai makanan ini kerana ia mungkin tidak akan membuat anda lebih gemuk, namun sebaliknya membantu anda untuk kurus serta terkandung lain-lain manfaat!


Dah start buat ke tuhh??



Info : Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Post a Comment

7 Comments

  1. betul, dulu dekat korea ramai yang obes sebab kuat makan nasi which is karbohidrat so govt dia tukar kurangkan nasi tapi banyakkan lauk dan sayur

    ReplyDelete
  2. Suka gak makan peanut butter. Suka yang skippy tu banyak kacang. Dulu pun rasa macam tu jugak, risau nak makan kacang takut naik jerawat. Setuju, makan ikut portion yang ditetapkan. bukan bedal makan melebihi. Itu tak sihat dah.
    Thanks share info ni nona :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skippy sedappp... jif pun sodap.. hihi.. kan.. takut naik jerawat gitu.. huhu.. wc

      Delete
  3. suka mkn roti sapu peanut butter tp lama tk beli peanut butter

    ReplyDelete
  4. saya pernah makan mentega kacang dengan banyak sekali waktu main gym...memang membantu untuk bina otot.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .