Lirik Lagu Celup Nyanyian Red Rahimad ft. Ezad Lazim

Lirik Lagu Celup Nyanyian Red Rahimad ft. Ezad Lazim || Hai! Salam hujung minggu! Pergh Nona busy betul dua tiga hari, busy pergi makan. Lol! Haa, baru baru ni terdengar lagu ni, melodinya macam pernah kudengar, ingatkan lagu lama rupanya lagu baru keluar sebulan lepas.. Baca komen, dorang selalu dengar kat radio Suria fm. Patutlah aku tak dengar sebab dah jarang bukak siaran tu...Huh.. Ini baru dengar kat siaran mana tah. Terus google..Hihi.. Sedap jugak sebab ada campuran klasik dan moden gituh! Mendayu dayu dengar suara Ezad..hehe..

Tajuk Lagu: Celup

Penyanyi: Red Rahimad ft. Ezad Lazim

Diam dia bak permata
Rupa cantik, dalamannya kaca
Tupai yang pandai berkinja
Akhirnya jatuh ke tanah jua

Gendang gendut tali kecapi
Ni bukan senang hati
Deviasi ku berbunyi jadi sedia perhati
Tak berpuisi, ku ikutkan naluri hati
Kalau tak nanti dah lama rambut kau aku terapi

Bahasa basi, ya, memang kena dengan situasi
Sembang kari, yang palsu memang takde harga diri
Tak pandai berdikari, tak guna muka sendiri
Kuat menyalak, bila ditegur tak mampu mandiri

Berdiri, bulu roma bila nama kau disebut
Sebab ku tahu dulu, kau pernah bikin ribut
Dah insaf? Dah taubat? Well itu kerja tuhan
Yang kau sebok-sebok nak jadi fake tu apahal?

Ku takde hal kalau kau tak cari pasal
Ni bukan diss, tapi teguran tahap terawal
Kau nakal, suka suka claim diri kau tu mahal
Tapi tak sedar tak laku kalau kau aku jual

Diam dia bak permata
Rupa cantik, dalamannya kaca
Tupai yang pandai berkinja
Akhirnya jatuh ke tanah jua

Okay cukup, kita tukar topik lain
Maaf lah ye, ku bukan jenis suka selak kain
Tapi yang ni, dia lain dari yang lain
Suara tak seberapa tapi akak adik nak sign

Main-main, bila dimaki baru kau nak berubah
Tapi masih kau banyak cakap yang engkau tak salah
Dah terbukti, kau rembat gambar orang
Apa takde muka ke sampai gambar pun nak sailang?

Cemerlang, lepas 2 tahun kau tunjukkan belang
Salah tempat, ku jenis tak lupakan orang
Dan lagi seronok, bila kau nak start play victim
Pusing cerita pusing, alih-alih hidung sendiri

Cuba putar belit tapi sorry ku tak bodoh
Jenis aku, buat kerja jangan gelojoh
Seloroh, bila tengok kau tergopoh-gopoh
Lari? Jangan lari nanti jatuh, maruah roboh

Diam dia bak permata
Rupa cantik, dalamannya kaca
Tupai yang pandai berkinja
Akhirnya jatuh ke tanah jua


Cuba fahamkan setiap bait lirik. Huhu....


Post a Comment

4 Comments

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐