Minum Coconut Shake dan Dragonfruit Shake dalam Cawan Kembar!

Minum Coconut Shake dan Dragonfruit Shake dalam Cawan Kembar! || Sedapnyaaa! Sedapnyaaa! Haritu singgah sana nak tengok Mamat Exists je tapi bila dah sampai, nampak pulak memacam. Fuh! Takleh tahan jugak ni, konon malam dah tak nak telan apa apa foods. Awal awal tu beli lah sotong raja dan ayam singgit je! Tapi tetiba nampak air ni, dua perisa dalam satu cawan! Wow, cuba bertahan tapi tak mampu. Lol.

Ice blended

Awak minum sebelah, saya minum sebelah! KAHKAHH!

Errr, jangan tonggengkan cawan, boleh jadi tercampur kedua dua flavour tu! Dah lain macam rasanya nanti. Banyak flavour ada tau. Kalini aku saja try perisa dragon fruit. First time order flavour dragon fruit. Kalau coconut shake tu memang biasa dah..

Manis tak?? Sudah tentu ler manisss leting rasanya! Tapi tak sampai tahap kemanisan yang mengilukan gigi lagi la..Huhu..  Kalau tak manis, macam pelik kan~ Padahal malam sebelum tu aku ada minum manis jugak.. Ah sudah, berapa hari cheat day daaaa~ Diet tak diet!

Coconut Shake

Pandangan dari atas

Ice blended

Harga satu cawan ialah RM8. Tu je saiz yang ada untuk set twin ni. Huhu

Selain daripada ice blended, terdapat juga jus buah-buahan seperti buah oren, epal, tembikai dan jambu batu yang berharga RM4. 

Lokasi: Tapak Penjaja Belatuk Taman Scientex


Notakaki: Sabtu 27hb nanti ada kumpulan Ukays pulak datang situ.. Kemain tengok konsert bagai ek!







Post a Comment

5 Comments

  1. dragon fruit jus kalo manis leting.. memang muak la cite dia... .

    ReplyDelete
  2. Meriah pulak dengan artis datang buat persembahan ye. Dah datang situ, mana boleh tak berkenan dengan makanan dan minuman yang orang jual. Semua menggoda kan. Banyak hari dah cheat day tu :p

    ReplyDelete
  3. Meriah pulak dengan artis datang buat persembahan ye. Dah datang situ, mana boleh tak berkenan dengan makanan dan minuman yang orang jual. Semua menggoda kan. Banyak hari dah cheat day tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahhahaha.. ya.. cheat day banyak harini.. tapi pastu beringat balik.. haa.. camtulah ulang2.. tak gigih mana aihhh. hahahahaa

      Delete
  4. Macam menarik pulak dia guna bekas macam tu. Baru ada pilihan rasa yang berbeza dalam satu bekas.
    setakat ni belum pernah cuba minum air dragon fruit.He~

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐