Lima Punca Kuku Rapuh Dan Rosak, Elakkan Sebab Nombor Tiga!

Lima Punca Kuku Rapuh Dan Rosak, Elakkan Sebab Nombor Tiga! || Kuku merupakan salah anggota badan yang sentiasa diperhatikan. Nak selfie sambil pegang barang mesti nampak kuku, nak pass barang pada orang, mesti nampak kuku jugak. Kan. Selain itu, kalau kat sekolah, kuku ler yang selalu akan dicheck pada hari tertentu. Kalau time sekolah dulu, pengawas buat spotcheck hari Rabu dan Jumaat. 

kuku


Kadangkala, mungkin ramai yang pernah atau sedang mengalami masalah ini namun hingga kini masih tidak tahu akan punca kuku rapuh yang sebenar.

Kondisi ini seterusnya pula sudah pasti akan menyebabkan pelbagai masalah pada kuku tangan dan kaki lantas menjejaskan aspek penampilan individu.

Persoalannya, apakah antara punca kuku rapuh yang sebenar? 

Onychoschizia, kondisi kuku jadi rapuh?

Kuku manusia itu bukan dicipta untuk sekadar hiasan sahaja, ini kerana ia sebenarnya berfungsi dan bertindak demi melindungi jari tangan dan kaki anda.

Cuba bayangkan jika kita semua tidak memilikinya, sudah pasti jari tangan dan kaki akan mudah mengalami kecederaan, jangkitan, tekanan dan sebagainya.

Dalam pada itu lagi, ia juga tercipta melalui lapisan protein bernama keratin yang turut bertanggungjawab menghasilkan sel penting pada rambut dan kulit manusia.

Jika keratin ini mengalami keabnormalan, maka risiko untuk kuku rapuh adalah lebih tinggi lantas menyebabkan ia jadi mudah patah, pecah atau rosak.

Ini dia punca kuku rapuh yang sebenar!

Tidak, ia bukan berpunca daripada genetik dan terdapat beberapa punca kuku rapuh termasuk:

#1. Kurangnya mineral dan vitamin

Kuku yang rapuh hingga mudah patah, pecah atau rosak sering kali dikaitkan dengan kadar zat zink dan zat besi yang sangat rendah di dalam tubuh badan.

Kedua-dua mineral ini akan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan hemoglobin, protein yang terkandung di dalam sel darah merah.

Ia bekerja dengan cara mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh badan termasuklah ke dalam kuku dan tanpanya, kuku akan lebih mudah rosak.

Selain itu, kuku yang rapuh juga didalangi oleh kekurangan vitamin C, vitamin B, folat dan kalsium yang sudah tentu merupakan punca kuku rapuh yang utama.

#2. Jangkitan bakteria dan kulat

Sebenarnya, jangkitan pada kuku itu adalah salah satu kondisi dermatologi yang paling biasa berlaku dan kebanyakannya disebabkan oleh bakteria dan kulat.

Organisme bakteria dan kulat ini kebiasaannya akan wujud pada kawasan yang lembap dan kotor seperti stoking atau kasut yang digunakan dekat dengan kuku.

Ia seterusnya akan membuat organisme ini tadi lebih mudah menyerang dan membiak pada kawasan sekitar kuku sekali gus menyebabkan masalah ini terjadi.

kuku


Oleh itu, sentiasa periksa kuku anda. Jika ada sebarang perubahan tidak normal pada tekstur atau warna kuku, segera berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan.

Punca kuku rapuh #3. Stres

Ya, stres adalah punca kepada banyak kondisi termasuklah kuku rapuh kerana ia akan mengganggu proses pertumbuhan kuku baru untuk ganti yang lama.

Buat anda yang belum tahu, kuku jari tangan akan tumbuh sekitar 1 milimeter per minggu manakala kuku jari kaki pula adalah 2 kali ganda lebih perlahan.

Sekiranya individu itu stres, ia mungkin akan mempercepatkan proses pertumbuhan itu lalu membuat ia menjadi tidak terkawal dan membawa masalah kuku rapuh.

Selain itu, stres juga akan memicu tabiat luar sedar seperti menggaru, menggosok atau menggigit kuku yang tentu sahaja akan mengakibatkan masalah kuku.

#4. Kekurangan oksigen

Oksigen memang sangat diperlukan di dalam tubuh badan manusia termasuklah kuku kerana kekurangannya akan menyebabkan pelbagai masalah.

Seperti contoh, kuku yang kurang oksigen mungkin akan mengalami clubbing nails di mana kuku mencembung, melengkung dan membulat tanpa sudut.

Sekiranya oksigen tidak diterima pada masa lebih lama pula (hipoksia kronik) khususnya pada jari, maka ia akan menyebabkan pembuluh darah mengembang.

Kesannya, ia adalah kekal dan selain membawa kelainan seperti kuku jari yang rapuh, ia juga akan menyebabkan masalah kepada organ jantung dan paru-paru anda.

Oleh itu, sentiasa periksa kuku anda. Jika ada sebarang perubahan tidak normal pada tekstur atau warna kuku, segera berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan.

Punca kuku rapuh #3. Stress

Ya, stres adalah punca kepada banyak kondisi termasuklah kuku rapuh kerana ia akan mengganggu proses pertumbuhan kuku baru untuk ganti yang lama.

Buat anda yang belum tahu, kuku jari tangan akan tumbuh sekitar 1 milimeter per minggu manakala kuku jari kaki pula adalah 2 kali ganda lebih perlahan.

Sekiranya individu itu stres, ia mungkin akan mempercepatkan proses pertumbuhan itu lalu membuat ia menjadi tidak terkawal dan membawa masalah kuku rapuh.

Selain itu, stres juga akan memicu tabiat luar sedar seperti menggaru, menggosok atau menggigit kuku yang tentu sahaja akan mengakibatkan masalah kuku.

#4. Kekurangan oksigen

Oksigen memang sangat diperlukan di dalam tubuh badan manusia termasuklah kuku kerana kekurangannya akan menyebabkan pelbagai masalah.

Seperti contoh, kuku yang kurang oksigen mungkin akan mengalami clubbing nails di mana kuku mencembung, melengkung dan membulat tanpa sudut.

Sekiranya oksigen tidak diterima pada masa lebih lama pula (hipoksia kronik) khususnya pada jari, maka ia akan menyebabkan pembuluh darah mengembang.

Kesannya, ia adalah kekal dan selain membawa kelainan seperti kuku jari yang rapuh, ia juga akan menyebabkan masalah kepada organ jantung dan paru-paru anda.

kuku

Punca kuku rapuh #5. Usia

Akhir sekali, tentu sahaja faktor usia atau penuaan ini akan menyebabkan pelbagai jenis perubahan yang berlaku pada segenap aspek tubuh badan kita semua.

Perubahan yang melibatkan fizikal dan mental ini turut akan terjadi pada kuku di mana ia akan membuat kuku jadi lebih rapuh dan kondisinya tidak lagi seperti semasa anda di usia muda.

Apa yang mungkin berbeza adalah di mana kuku tangan mungkin akan lebih nipis manakala kuku kaki pula akan lebih tebal. Namun, kedua-duanya adalah masalah pada kuku.

Konklusinya, kuku itu adalah sangat penting untuk kita jaga bukan sahaja untuk sebab kebersihan dan kecantikan, malahan juga kesihatan yang sering kali kita semua abaikan!


INFO: Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan

Post a Comment

9 Comments

  1. bahaya juga kurang oksigen kepada kuku manusia...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian, kurang oxigen nanpak kuku kuning?.

    ReplyDelete
  3. bila bdan berisi ni kadang2 kita rasa cam kurang oksigen je kan... cepat btul rasa penat.... nak jaga satu bdan termsuk kuku, memang kadang2 memenatkan hehehe

    ReplyDelete
  4. Ammi suka gigit kuku.. Banyaknya bakteria berlumba2 masuk mulut

    ReplyDelete
  5. Thank you for sharing..
    Baru tahu kuku ni menunjukkan kesihatan dalam tubuh badan kita

    ReplyDelete
  6. Tak sangka stress juga boleh menyebabkan kerosakan kuku.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih share info tentang kesihatan kuku. Bab kuku ni jarang kita ambil peduli. Rupanya ada jugak yang perlu kita ambil tahu.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih share info tentang kesihatan kuku. Bab kuku ni jarang kita ambil peduli. Rupanya ada jugak yang perlu kita ambil tahu.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih share info tentang kesihatan kuku. Bab kuku ni jarang kita ambil peduli. Rupanya ada jugak yang perlu kita ambil tahu.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐