Menyesal Beli Air Premium Vanilla Oreo Citarasa Abang Janggut!

Menyesal Beli Air Premium Vanilla Oreo Citarasa Abang Janggut! || Yesss! Menyesal! Menyesal tak beli lebih dari satu! Menyesal beli sebotol je! Menyesal beli satu flavour je! Hahahaa.. Kemain tajuk harini kan! Sejujurnya, aku sangat berpuas hati dengan air berharga RM5 nih! Lega tekak akuuu! Sedapppp sangatlahh rasanya! Air perisa vanilla oreo berwarna pink!!! Itu yang buat seketul Nona jatuh cinta nak try! Pink colour! Tambahan pula ini produk bumiputera dan muslim. Terdapat banyak perisa tapi sebab tak pernah minum, so beli satu jela dulu. 

Haritu masa baru keluar dari Mydin mall Taman Rinting, tetiba ada sorang rider ni tegur dan tunjuk aku air Citarasa Abang Janggut ni, aku pun layankan ajelah. Saja nak tahu apa ada. Ehhhh Lepas dah minum tu, terus mulut aku puji kelazatan air ni weh! Of course laju aku amek gambar dan up stories! Hihi..

Bila up IG story, rupanya kawan aku pernah try dah semua perisa! Kemain dia racun aku suruh beli few flavour lain jugak, sedap itu,ini... Fuhh!!! Sabar jelaaa! Now dah start diet, aku cut air manis dulu, nanti aku nak carik lagi minum bersama family...Gituhhh! 

Premium Vanilla Oreo Citarasa Abang Janggut

Premium Vanilla Oreo

Masa beli tu, sejuk beku camni tau.
Memang lega ler tekak aku time kehausan di kala tengahari menjelma! Hihi..

Psssst, orang Johor pernah try ker air Citarasa Abang Janggut nih?? Nampak banyak jugak cawangan abang janggut ni..HAHAHAH. Selain daripada Premium Vanilla Oreo Citarasa Abang Janggut, ada jugak premium Thai tea, juice dan milk shake! Pilih je mana berkenan.

Kalau sesiapa teringin mencubanya, bolehlah refer IG Citarasa Abang Janggut atau nombor telefon pada botol dalam gambar pertama di atas ye.

*Ini bukan paid review*



Notakaki: Cuaca sejuk pun sedap jugak minum ais.. Hehe



Post a Comment

7 Comments

  1. Nampak menarik.. Jual di Johor je ke..? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, kalau ikut info kt IG, buat masa ni macam kat Johor je..

      Delete
  2. Lain macam dia punya produk. Lain dari yang lain minuman dan jenama dia. Ingatkan menyesal beli sebab tak sedap, rupanya terlebih sedap.

    ReplyDelete
  3. Mungkin Produk khas malaysia. Tidak ditemui di Indonesia.

    ReplyDelete
  4. perghhhh tgk nama air pun dah terliur dah ni...
    minum time panas2 mmg heaven ar :D

    ReplyDelete
  5. ingatkan menyesal dah beli masuk perut..hahahah...lepas ni boleh repeat lagi non

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐