Nona Tukar Template Blog!!

Nona Tukar Template Blog!! || Hai! Okay, dah berubah look dalam blog aku ni, kan~ Siapa yang perasan tu perasan la kot.. HAHA. Alasan kenapa tukar adalah disebabkan oleh haritu ada isu pasal blog sendiri loading slow nak mammppp... Dan lagi satu sebab nak tukar angin guna template baru. Gituh.. 

Kalini template yang simple dan of course mesra jadi pilihan, takda tema mengikut warna favourite aku lagi dah. Terdapat pertukaran dari segi layout, button, serta beberapa fungsi lain. Contohnya: Button previous dan next post dah takda. Ini aku tengah fikir, masih perlu atau tak. Kalau pergi blog lain, aku suka ada button ni..sebab kadang kadang list entri tu orang tak scroll. Kan...So mesti tekan button tu.. 

Haa..kalau korang..rasanya perlu tak button previous and next post tu??


Template

New Look!! Fresh look yang simple dan sedap mata memandang.

header blog
Jom tunjuk sikit header.

Header pemberian dari blogger Azhafizah harituh sebab menjadi top pengomen kat blog beliau.. 

Simple but nice.. Kan?? Aku suka lah font gitu! Acah acah macam dalam magazine gitu..Hehe. Tapi kan.. Bila aku bukak guna hp, kedudukan header berada kat tengah..kalau guna kat laptop, kedudukan header masih kat tepi...Lol...Confuse pulak i. Tapi takpela, bagi iklan terpampang terus sebelah header.. Kan..

Alang-alang mintak tolong blogger Sis Lin check condition blog, aku pun request tukar layout terus.. Ya, sis Lin lah insan yang menggodeh blog saya dan bagi tunjuk ajar baru baru ni..Hehee... Thank you sifu! 

Archieve Blog


Kemain! Blog Archieve dalam style bergambar camtu.. 

So now, dah lajuuu bila loading blog sendiri.. Seronok tengok dah tukar look..Sesekali lari dari warna pink tapi ada selit sikit dekat tulisan..Hihi.. 

Cuma sekarang, pageview turun merudum.. Kurang 1000-2000 jugaklah PV...Dahlah memang ciput je PV selamani kan. Sekali tukar template, terjunam weh! Haahhaa..I is redha...AdSense ok je..syukurlah...So aku try la update sekerap yang boleh, blogwalking mana yang mampu demi menaikkan kembali PV, harap encik Google nampak blog ni.. Fuhhh, akhirnya, blog Nona tukar template! 

Korang rasa, camana ngan template baru aku ni..Mesra ker..tak mesra?? Nak tahu pendapat u all jugak...




Notakaki: Dah cuba nak update dua entri or more dalam sehari, err masih belum mampu! 






Post a Comment

14 Comments

  1. Syantik & simple!! Saya suka...saya suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka ehh..hehe....awak nye...tak tuko sekali kerr...

      Delete
  2. Ammi view guna handphone nampak OK. Ammi pun suka kalau blog ada previous and next post tu.

    Dlm blog sendiri pun takde. Camna nak buat ntah. Masa View template sblm download ada je. bila dah up hilang pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye eh, tuhla..rasa nak tuko lain lagik la...HAHHAHA

      Delete
  3. bagi saya perlu button tu, kadang nka skodeng dua tiga entry sekaligus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye eh..kalau gitu..nak tukar lain plak lah..Tengok mana berkenan

      Delete
  4. teringin jugak nak tukar template tapi komitmen nak edit tu kena tinggi, hehe

    ReplyDelete
  5. Kita pun bak tkr gak tp x smpt2 lagi ni huuwaaaa

    ReplyDelete
  6. Ikut ko Non kalau nak tukar, kalau ko nak suruh pakar tengokkan, ko suruh Cik Sun hahahaha.. dia pakar, Sis ko basic jerr hehehe

    ReplyDelete
  7. nice la template baru.. suci bersih kemas!! sy pun br tkr template jugak.. mcm sama je condition blog kita sebelum ni.. sis lin ckp slow... hahaha

    ReplyDelete
  8. Laju dah masuk sini. Suka template simple dan mesra alam. Pada saya previous next button tu penting, senang nak tinggalkan komen. Hihi..dulu nona pernah tegur di blog saya kan.

    ReplyDelete
  9. mama suka template baru nona ni. nampak bersih, clean look dan loading laju

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐