Salam Kemerdekaan ke 64 Tahun Malaysiaku!|| 64 tahun sudah berlalu, negara kelahiranku mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Walau apa pun kisah yang melanda Malaysia, kisah politik atau apa apa isu,  aku tetap sayang Malaysia. Moga aku boleh menjadi rakyat Malaysia yang berguna buat negaraku. 

Sejak Covid melanda, keadaan Malaysia berubah menjadi lebih tenat dari sudut ekonomi, kesihatan dan sebagainya. Tapi aku tak pulak berniat nak pindah ke negara lain. Tetap kusetia bersama Malaysia dan sentiasa berharap Malaysia kembali pulih, moga Allah berikan idea kepada para pemimpin untuk melakukan yang sewajarnya buat Malaysiaku. 

Hello Malaysia!

Kibarkan Jalur Gemilang!

Kemain bawak bendera Malaysia gi PPV haritu... 

Yessss, redha terima vaksin masuk dalam badan demi negaraku Malaysia! We need herd immunity yang diperkatakan tuu!

Moga Malaysia terus tabah! Sihat! Maju jaya! Dan Capai kemerdekaan pulak melawan wabak Covid 19 ni... AMIN #malaysiaprihatin #staysafe







Psssst: Nona join contest guna gambar ni, nak mintak LIKE boleh?? Hehee . Nah LINK 

Notakaki: Esok dah kerja, tapi aku masih batuk+selesema pulakkkkk...Please doakan.